in

Folli Follie Lancar Butik Konsep Baru Di Kuala Lumpur

Hari ini Muzik Muzik musim baru 2013 bakal melamcarkan wajah baru bersama hos yg baru. Wah, banyak pulak benda yang baru sekarang ni kan? Kat bawah ni pun ada satu butik baru dilancarkan. Baca, jangan tak baca.

Folli Follie lancar butik konsep baru di Kuala Lumpur
Pengalaman beli-belah terkini di Mid Valley Megamall

Folli Follie, jenama yang terkenal dengan keunggulan seni pembuatan dan rekaan sofistikated melancarkan kedai konsep terbaru di Mid Valley Megamall.

[dropcap]B[/dropcap]utik seluas 632 kaki persegi itu mencerminkan prinsip rekaan dan konsep gaya global jenama Folli Follie. Diserikan dengan rona putih dan jingga, warna-warna rasmi Folli Folie itu mewujudkan gaya moden yang inovatif dan menyegarkan. Konsep seni bina dan kemasan menyerlahkan gaya kontemporari paparan seleksi penuh koleksi perhiasan, jam tangan dan aksesori terkininya. Format terbuka pula menggamit persekitaran selesa di samping memberikan pengalaman beli-belah menarik kepada penggemar fesyen.

Folli Follie Lancar Butik Konsep Baru Di Kuala Lumpur

Folli Follie menghasikan rekaan-rekaan unik dan bewarna-warni yang menonjolkan konsep falsafah “fesyen penuh” menerusi koleksi perhiasan, jam tangan dan aksesori bergaya, ceria dan mampu milik.

Christin Chan, Pengurus Folli Follie berkata:

“Kami berbesar hati melancarkan premis konsep terbaru di Malaysia. Kami percaya bahawa Folli Follie akan kekal sebagai jenama pilihan aksesori fesyen popular di kalangan rakyat Malaysia kerana kami akan terus berpegang kepada prinsip untuk memberikan “kemewahan fesyen mampu milik” kepada para fesyenista di Malaysia.”

Folli Follie Lancar Butik Konsep Baru Di Kuala Lumpur

Mengenai FF Group

FF Group merupakan peneraju global dalam dunia fesyen dengan operasi di lebih 28 buah negara. FF Group menghasilkan rekaan, melakukan pengeluaran dan pemasaran di peringkat global menerusi jenama: Folli Follie dan pemenang beberapa anugerah, pengeluar emas British iaitu Links of London. Kumpulan syarikat FF beroperasi secara eksklusif di sektor runcit pelancongan Greek melalui rangkaian bebas cukai Hellenic Duty Free Shops – di samping memantapkan kedudukan dalam segmen runcitan dan borong di Greece dan Balkan.

Factory Outlet di samping rangkaian pusat membeli-belah “Attica” merupakan saluran edaran runcit terbesar milik kumpulan syarikat itu di Greece, di mana jenama seperti Ermenegildo Zegna, Juicy Couture, Converse, UGG Australia, Calvin Klein Jeans, G-Star Raw dan Samsonite ditempatkan di bawah portfolio jenama tempatan kumpulan syarikat FF.

Dengan struktur yang dinamik dan portfolio hebat, FF Group “mengiringi” pelanggan mengharungi kesemua fasa kehidupan: bermula dari zaman kanak-kanak hingga dewasa, mereka berkait rapat dengan FF Group dan portfolio jenamanya.

FF Group menghasilkan rekaan fesyen secara global dan telah mengukuhkan kedudukannya dengan lebih 750 pusat jualan serta mempunyai lebih 6,000 tenaga kerja di seluruh dunia.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Exuberant Choices In Celebration Of The Month Of Love

Dermalogica Lancar Rangkaian Produk Daylight Defense System