in

Florence Looi Hos Point of View di NTV7

SEBUAH SUDUT PANDANGAN YANG BARU DAN LEBIH RELEVAN DI NTV7!

Perubahan dalam percaturan politik ditambah dengan perkembangan global mencabar ternyata memaksa lebih ramai rakyat Malaysia untuk lebih mengambil tahu isu semasa. Ternyata, ia adalah masa yang tepat untuk memulakan perbincangan, sebuah forum yang dicipta khas untuk mereka yang berani dan mahu membela atau menentang sesuatu isu itu. Dihoskan oleh Florence Looi, program bual bicara satu jam ini akan bersiaran pada 9 Januari 2009, setiap Jumaat pada jam 8.30 malam hingga 9.30 malam. Siaran ulangan hari Isnin jam 12 tengah malam.

Penonton Malaysia tidak lagi mudah berpuas hati dengan status quo, malah mereka sudah mula mempersoalkan dan mempamerkan kesungguhan untuk mengubahnya. Juga, sudah menjadi sebuah lumrah untuk sesebuah kisah itu mempunyai lebih dari satu jalan cerita. Point of View (POV) tampil untuk menyatukan individu-individu yang didokong oleh kepentingan berlainan yang ingin berkongsi pandangan mereka mengenai sesebuah isu itu. Setiap minggu akan tampil seorang protagonis dan antagonis untuk membincangkan tentang isu yang sama

Berbekalkan topik yang menyeluruh dari politik, ekonomi, masalah sosial ke hiburan, sukan dan lain-lain hal ehwal semasa, POV dicipta untuk meraih perhatian penonton untuk sebuah debat yang terbuka berlandaskan isu yang paling penting bagi rakyat apabila bercakap soal negara tercinta.

“Point of View (POV) bertindak sebagai platform untuk rakyat Malaysia menyuarakan keprihatinan mereka, di samping memberikan informasi mengenai isu-isu yang dilihat dari perspektif yang berlainan, kata Pengurus Besar ntv7, Airin Zainul. “Sebagai sebuah stesen yang bukan sahaja mengutamakan hiburan tetapi isi kandungan yang intelektual, sebuah tawaran seperti POV ini mengukuhkan lagi kedudukan ntv7 sebagai
sumber informasi terbaik.”

POV turut menandakan detik permulaan Florence Looi sebagai seorang pengacara program bual bicara. Wanita ini memulakan kariernya sebagai seorang peguam korporat, kemudiannya melebarkan sayapnya ke dalam bidang penyiaran radio, penulisan dan pembacaan berita di Lite FM sebelum terlibat dalam dunia televisyen. Pernah membaca berita untuk segmen perniagaan di Astro News dan muncul sebagai penolong penerbit sebuah program perniagaan mingguan, Biz Briefcase, di ntv7 dan juga pernah menjadi pembaca berita Bahasa Inggeris di 7 Edition stesen.

Antara topik yang akan dimuatkan di POV:
Ep 1 – Kegagalan untuk mendidik mata pelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris akan membawa padah pada pelajar kita.
Ep 2 – Sekolah Vernakular adalah penghalang bagi integrasi nasional
Ep 3 – ISA harus dimansuhkan
Ep 4 – Keperluan untuk satu sistem penghakiman – undang-undang lazim dan mahkamah syariah perlu digabungkan

Untuk perbincangan intelektual berkenaan topik dekat di hati rakyat Malaysia, jangan lupa untuk menyaksikan  Point of View di ntv7 setiap Jumaat, 8.30 malam mulai 9 Januari 2009. Siaran ulangan akan bersiaran setiap Isnin mulai 10 Januari 2009 dari jam 12.00 malam hingga 1.00 pagi. Untuk informasi lanjut, sila layari www.ntv7.com.my

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Isma Yusoof Jadi Pengarah Drama Merah Putih Slot Lagenda TV3

Teaser Drama Merah Puteh