in , ,

Fizz Fairuz Mahu Dedah Wajah Anak Selepas 44 Hari

Debaran bergelar bapa semakin dirasai pelakon Fizz Fairuz sementelah isterinya pelakon Almy Nadia sekarang menunggu hari untuk melahirkan anak sulung mereka. Almy yang kini hamil 36 minggu dijangka bersalin pada 27 Februari depan.

Akui Fizz, dalam pada dia berasa seronok, timbul juga persoalan dalam dirinya tentang pengalaman sebenar dan keistimewaan menjadi seorang ayah.

“Ini kali pertama saya akan menjadi seorang bapa. Selama ini kita dengar banyak cerita dan pengalaman orang lain apabila ada anak kecil kena bangun malam apabila anak menangis atau nak menyusu, kita ibu bapa kena bersengkang mata tidak tidur.

almy_fizz

“Saya tidak pernah lalui pengalaman macam itu dan saya tertanya, adakah situasi macam itu sama macam kita tidur lewat dan bangun lewat.”

Begitupun, Fizz menyatakan sudah bersedia untuk melalui saat-saat itu. Malah baru-baru ini sebagai persiapan terakhir dia banyak mempelajari tips dan petua tradisional daripada kakak, ibunya juga ibu mertuanya mengenai perihal menyambut kelahiran bayi.

“Saya sudah bersedia. Segala persiapan dari segi baju dan katil untuk bayi kami telah pun dibuat. Saya pun banyak bertanya dan belajar daripada kakak serta ibu saya tentang beberapa perkara antaranya kalau anak menangis tengah malam, kalau dia kembung, kalau dia muak susu apa yang perlu kita buat? Nanti kalau nak azankan dia, di telinga sebelah kiri atau kanan?.”

Difahamkan, Fizz dan Almy dijangka akan menimang cahaya mata perempuan. Kata Fizz, buat masa ini dia belum memilih nama anak sulung mereka itu.

Sementara itu, Fizz menyatakan dia tidak akan mendedahkan wajah anaknya sehingga tempoh berpantang habis iaitu selama 44 hari.

Bukan niat mahu menyorokkan dari diketahui umum tetapi tindakannya itu kerana mengikut amalan dan pantang larang orang dulu-dulu.

“Bukan hendak sorok, lagipun sebelum ini kami sudah beritahu yang kami berkahwin, akan timang cahaya mata dan tentunya umum ingin tahu perkembangan seterusnya. Memang kami akan kongsikan gambar anak tapi seelok-eloknya bak kata orang tua-tua, biarlah sehingga Almy habis berpantang dulu. Saya ada bertanyakan kepada doktor, boleh atau tidak bayi yang belum cukup 44 hari kena ‘flash’, doktor kata, terpulang pada kami.

“Sama seperti kalau bayi kita kena sakit kuning. Kalau dikampung, ada yang amalkan amalan jemurkan budak itu di tengah matahari pagi. Kata doktor, kadang-kadang kita pun tidak tahu sama ada ‘flash’ itu ada bakteria atau tidak,” katanya. – Sumber Malaysian Digest

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ada Sebab Hanez Suraya Percepatkan Tarikh Nikah

STREET VIBEZ.KL Lantik Budiey.com Sebagai Media Rasmi