in ,

Fizi Ali Panik Jari Manis TibaTiba Lembik Selepas Tepis Bola

MALANG tidak berbau… itulah yang terjadi kepada penyampai radio Suria FM iaitu Fizi Ali yang mengalami kecederaan di jari ketika bermain bola sepak dua hari lalu.

Menurut Fizi atau nama sebenarnya Mohd Hafizudin Alimudin, insiden itu berlaku ketika dia ingin menepis bola yang datang ke arahnya dengan laju.

Tamat sahaja permainan, penyampai radio berusia 32 tahun itu mula berasa panik apabila melihat jari manis kirinya menjadi lembik.

Fizi alami kecederaan ketika bermain bola sepak.

“Baru nak mula aktif semula main bola sepak… dah cedera pula. Dua hari lalu, saya ada main bola sepak dan jadi penjaga gol.

“Nak jadikan cerita, saya tepis bola yang sangat laju dan masa itu dengar la macam bunyi patah. Tapi saya teruskan main.

“Bila dah habis main, saya buka glove… barulah nampak jari manis jadi lembik. Tak boleh bergerak atas dan bawah,” katanya kepada mStar.

Dua hari lalu, saya ada main bola sepak dan jadi penjaga gol.

Sebelum ini, bekas suami kepada aktres Shakilla Khoriri itu berkongsi foto memperlihatkan jari manisnya mengalami kecederaan.

Berkongsi mengenai detik cemas itu, Fizi memberitahu dia terus bergegas ke hospital dan doktor mengesahkan urat jarinya sudah terputus.

Kata Fizi lagi, buat masa ini doktor mahu cuba merawat secara semula jadi dengan memakaikan sarung untuk menyokong keadaan jarinya.

“Memang panik la… saya terus ke hospital dan masa itu doktor kata ada kemungkinan sama ada urut pergerakan jari putus atau urut putus dan tulang patah.

“Kalau urut putus dan tulang patah itu memang bahaya. Kena terus operation. Alhamdulillah, selepas lakukan X-ray, hanya urat saja putus.

“Doktor kata nak cuba rawat cara semula jadi. Mungkin dalam enam minggu macam itu kena pakai sarung support jari,” ujarnya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Iqbal | 18

Muka Kena Pangkah Dalam MV, Iqbal Dedah Rahsia Cincin Permata RM100,000

Armpunk Sindicate | 19

Armpunk Sindicate Papar Isu Kesihatan Mental Dalam Lagu SETERU MU