Fira, Chaq dan Kumpulan Evo Bertarung di Konsert Kumpulan A

Konsert kedua kumpulan A diteruskan minggu ini dengan persembahan dari Fira, protégé kepada Lah Ahmad, Chaq, protégé kepada Ajai dan Kumpulan Evo, protégé kepada Jaclyn Victor menyanyikan dua lagu setiap seorang iaitu satu lagu solo dan satu lagi nyanyian duet bersama protege-protege kumpulan B. Juri undangan minggu ini diadili oleh komposer Aidit Alfian dan penyanyi Nora.    

Persembahan konsert pertama kumpulan A menyaksikan Fira memperolehi markah 39.7%, Kumpulan Evo mendapat 56.4%, manakala Chaq mendapat markah tertinggi iaitu 67.9% setelah dic am purkan dengan markah-markah dari juri profesional, juri awam dan undian dari SMS. Manakala konsert pertama kumpulan B, menyaksikan Keena mendapat markah 48.9%, Thye pendapat 45.0% dan Black mendapat 72.1%. 

Saksikan siaran langsung Konsert Mentor pada hari Ahad ini, jam 9 malam di TV3.

Hari/Tarikh : 24 Mei 2009 (Ahad)

Waktu: 8.00malam (Siaran langsung bermula jam 9.00 malam)

Tempat: Auditorium MBSA, Shah Alam

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini beliau aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Movie Day Out Bersama Pembaca Sensasi Selebriti Filem Star Trek

Hannah Montana The Movie