in , ,

Filosofi TERIMA KASIH dari Kaka Azraff

Tahun 2015 mencatat lembaran indah buat Nor Atiqa Noor Azraff yang menggunakan nama komersial, Kaka Azraff apabila single berjudul, Bukan Hal Aku memekarkan jenamanya sebagai anak seni. Cukup mengejutkan, lagu ini menerima sambutan membanggakan daripada penikmat muzik yang cukup ternantikan naskhah luar biasa berbanding kebiasaan didengari halwa telinga mereka sebelum ini sehingga meraih 5,527,945 juta tontontan di laman YouTube.

Filosofi TERIMA KASIH dari Kaka Azraff

Kaka Azraff Lancar Lagu Single Terbaharu – TERIMA KASIH

[dropcap]B[/dropcap]erawal single itu dipilih sebagai pelengkap persembahan selingan selepas dinominasikan untuk kategori Kolaborasi Artis Terbaik bersama SleeQ pada Anugerah Planet Muzik 2015 (APM2015) yang berlangsung di Suntex City Convention Centre, Singapura pada Oktober lalu. Dan tidak ketinggalan, menguak tirai persembahan Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2015 (ABPBH2015) bergandingan bersama Waris di Putrajaya International Convention Centre (PICC), Putrajaya pada Mei lalu.

Dan terpaling indah, kualiti pembikinan lagu ini diangkat pada Anugerah Juara Lagu 30 (AJL30) bersama 12 lagu lain yang diadakan di Stadium Melawati, Shah Alam pada 24 Januari lalu dengan menampilkan persembahan bertemakan futuristik. Itu momen cukup berharga buat Kaka selepas tempoh lima tahun berjalan di laluan seni tanah air.

Pantas memandu kecintaannya dalam lapangan tarik suara, Kaka kini mempersembahkan buah tangan terbaharu kepada peminat dengan lagu bergenre pop moden yang berjudul, Terima Kasih hasil ciptaan sepenuhnya oleh Muhammad Alif Abdullah atau ingin lebih dikenali sebagai Al!f.

[pullquote align=”right”]Terima kasih; ungkapan sederhana, penuh makna. Dan pengungkapan ini tidak terlepas dalam kehidupan seharian manusia. Dunia bakal terasa indah apabila kita sentiasa menghadirkan kebaikan di antara satu sama lain dengan cara saling membantu dan bersinergi.[/pullquote]

Berkongsi cerita mengenai single terbaharunya, wanita berusia 27 tahun itu mengakui cukup teruja apabila berpeluang mendendangkan Terima Kasih yang diyakini punya aura tersendiri untuk dijulang sebagai sebuah lagi naskhahnya selepas kesuksesan Bukan Hal Aku. Malah, kemampuan vokalnya kali ini lebih teruji dengan lagu ini.

“Lagu ini ibarat macam cinta pandang pertama saya. Apabila Al!f memperdengarkan kepada saya Terima Kasih, saya terus suka kerana lirik dan melodinya yang penuh perasaan kasih sayang. Dan bukan sebuah naskhah biasa, ia sebaliknya didatangkan dalam pakej yang menyuntik aspirasi buat semua untuk sentiasa bersyukur serta berterima kasih dalam setiap aspek kehidupan.” ujar Kaka yang merupakan wajah Selebriti Sokongan Riben Merah Majlis AIDS Malaysia.

Sementara itu, Pengurus A&R Warner Music (Malaysia) Sdn. Bhd., Mokhtaza Ahmad pula berkata,

“Kita sudah lihat kejayaan lagu ‘Bukan Hal Aku’ oleh Kaka berjaya masuk ke Anugerah Juara lagu pada awal tahun ini. Bagi saya, Kaka sudah berjaya menggilap bakatnya yang dicari-cari selama ini kerana saya lihat semakin hari nama Kaka Azraff itu sendiri semakin meningkat naik. Saya percaya lagu ini juga bakal menaikkan lagi nama Kaka Azraff dipersada seni tanah air serta menjadi siulan para pencinta muzik masa kini dan pastinya menepati citarasa siapa sahaja yang mendengarnya”, katanya pada majlis pelancaran single Terima Kasih dengan kerjasama JOOX yang berlangsung di Red Box Karaoke, The Gardens sebagai penaja lokasi.

Dalam pada itu, sebuah grup baharu yang menggelarkan diri mereka, The Stereo Folks turut mengadakan persembahan nyanyian secara akustik pada majlis ini.

Video muzik Terima Kasih digarap oleh pengarah terkenal, Ghaz Abu Bakar dengan melibatkan 15 tenaga produksi berlokasi di Studio Kok Ah Loke, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Hulu Kelang pada 28 Jun lalu. Proses penggambaran yang bermula seawal jam 9 pagi dan berakhir 3 pagi keesokan hari itu menampilkan konsep lebih segar dan moden bersesuaian dengan tema total single ini.

Kaka bakal mengeluarkan album dengan tiga buah lagu baharu termasuk Terima Kasih dan baki empat buah lagu terdahulu iaitu Bukan Hal Aku, Bawaku Pergi, Infiniti Cinta dan Terpulanglah yang dijadualkan pada tahun depan.

Dia yang dilantik sebagai wajah Kempen Ceria Ria Beramal Bersama Bintang Yeo’s Malaysia bersama AG dari Kool FM, Feeya Iskandar, Heliza Helmi, Faizdickie dan Shukri Yahya sempena Ramadan dan Syawal lalu bakal muncul di skrin lebar menerusi filem terbaharunya, Aliff Dalam 7 Dimensi terbitan Astro Shaw Sdn. Bhd. pada 8 September ini.

Khas buat peminat Kaka, anda boleh memuat turun single Terima Kasih sebagai nada dering telefon pintar masing-masing. Untuk Maxis Caller Ringtones, anda boleh menaip dail *131*# dan tekan call/send, Celcom Call Me Tones (dail *888*# dan tekan call/send dan DiGi Caller Tunes (dail *233*< 1805784># dan tekan call/send.

Lagu Terima Kasih ini merupakan satu lagi edaran daripada Warner Music Malaysia Sdn Bhd dengan kolaborasi bersama Uprising Entertainment Sdn. Bhd. selaku pihak pengurusan Kaka.

Filosofi TERIMA KASIH dari Kaka Azraff

MENGENAI JOOX:
Tencent, syarikat di sebalik WeChat secara rasmi memperkenalkan salah satu produk terbaharu, Joox sejak setahun lalu. Ia merupakan perkhidmatan penstriman muzik, menawarkan kebolehan kepada para pengguna untuk mendengar lagu secara percuma menerusi langganan premium. Pengguna boleh mendengar lagu dengan membuat carian atau memilih daripada artis, album atau senarai yang disediakan oleh kurator Joox. Selain itu, pengguna boleh memilih radio yang menawarkan sejumlah lagu berdasarkan kepada sesuatu genre. Untuk servis percuma, pengguna boleh membuat carian lagu dan mendengarnya, memilih memainkan lagu daripada radio, mengubah playlist mengikut cita rasa serta berkongsi dengan rakan-rakan melalui WeChat atau Facebook. Joox menawarkan 30 hari langganan VIP percuma apabila anda mula menggunakannya hari ini. Joox menawarkan beberapa ciri tambahan termasuk kebolehan menyimpan lagu untuk dimainkan secara offline, bebas iklan serta akses penstriman muzik berkualiti tinggi. Pengguna Joox VIP memiliki akses kepada lebih banyak senarai lagu berbanding penawaran percuma. Harga langganan sebanyak RM14.90 sebulan selain turut menawarkan diskaun untuk langganan tempoh panjang. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Joox, anda boleh melayari laman sesawang; http://www.joox.com. Muat turun sekarang untuk memulakan pengembaraan muzik anda hari ini!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Yang Menarik di Festival Petaling Jaya 2016

Tiga Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Dual Kamera Huawei P9