in ,

Filem UNKNOWN Lakonan Liam Neeson di TV2

Filem thriller psikologi arahan Jaume Collet-Serra yang dibintangi oleh aktor terkenal Liam Neeson dan dibantu Diane Kruger, January Jones, Aidan Quinn, Bruno Ganz, dan Frank Langella bertajuk “Unknown” bakal menemui penonton setia saluran TV2, Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 23 Januari ini, pukul 10.00 malam.

Untitled

Filem UNKNOWN Lakonan Liam Neeson pada 23 Januari Ini, pukul 10.00 malam di TV2

Merupakan adaptasi novel Perancis terbitan tahun 2003 berjudul Out of My Head karya Didier Van Cauwelaert, anda pastinya teruja dengan babak-babak mendebarkan dalam filem yang diterbitkan tahun 2011 ini.

Kisah ini bermula dengan watak utama seorang doktor bioteknik bernama Dr. Martin Harris (lakonan Liam Neeson) dan isterinya, Liz sampai di Airport Berlin untuk menghadiri persidangan Biotech. Namun sebaik tiba di hotel, dia mendapati beg berisi paspot miliknya telah tertinggal di lapangan terbang. Dia segera memutuskan untuk kembali ke lapangan terbang dan menahan teksi yang dipanda wanita dikenali sebagai Gina untuk segera ke sana.

Dalam perjalanan, berlaku kemalangan yang kemudiannya menyebabkan dia koma selama empat hari. Apabila tersedar, dia mendapat tahu ada orang yang telah menyamar dan mengambil identiti dirinya sebagai Dr. Martin Harris. Tambahan pula bila isterinya sendiri tidak mengakui dirinya sebagai suami.

Situasi itu membuatkan dia nekad untuk menyiasat apa yang sebenarnya berlaku. Dengan bantuan Gina yang banyak membantu dan kenalannya egen penyiasat, dia berjaya membongkar kebenaran hingga kemudiannya mendapati ada pihak yang sedang merancang untuk membunuhnya.

Rupa-rupanya dia adalah pembunuh upahan yang telah menyamar sebagai Dr. Martin Harris dengan tujuan untuk menyalin semula penemuan terbaharu Professor Leo Bressler dalam teknologi biotech, di mana dia sepatutnya ditugaskan untuk membunuh Professor Leo Bressler selepas berjaya menyalin penemuaan tersebut.

Tapi disebabkan kemalangan itu, dia telah lupa yg dirinya adalah pembunuh upahan dengan misi itu. Disebabkan itu ketua mereka yang telah merancang penyamaran tersebut telah menggantikan dia dengan individu lain sebagai Dr. Martin Harris yang baharu.

Bila dia mendapat tahu siapa dirinya yang sebenar, dia nekad untuk memperbetulkan keadaan dan bermulalah misi untuk mengelakkan daripada pembunuhan itu berlaku.

Namun berjayakah usahanya untuk menghalang permbunuhan itu daripada terjadi? Saksikan kesudahannya dalam slot English Blockbuster di TV2.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Titian Budaya Menutupi Tirai Singapore Film Festival

Nuri, Zetty, Qody & Wanie Terpilih Jadi Protege dalam MENTOR MILENIA