in ,

Filem THINK BIG BIG Ditayangkan Di China

Tayangan Terbesar Filem Malaysia di China Menerusi 10,900 pawagam

Filem tempatan, ‘Think Big Big’ (TBB) yang diarahkan oleh pengarah prolifik Chiu Keng Guan kini bersedia untuk mengegarkan 10,900 buah pawagam di China dengan 60,079 tayangan. TBB akan memulakan tayangannya di sana bermula 24 Mei ini. Syarikat filem terbesar dan berpengaruh di China, China Film Group Corporation bersama syarikat filem lain seperti Huaxia, Film Distribution, Pearl River Pictures dan Beijing National Shadow Film Publishing Co., Ltd. akan menjadi pengedar TBB di sana.

Image 3_TBB will be screened in China starting 24 May

Manakala, bahagian pemasaran akan digerakkan oleh syarikat media Beijing Aoweier Film&TV Culture Communication Co., LTD.

Astro Shaw selaku penerbit TBB rasa berbesar hati apabila syarikat-syarikat filem terkemuka di China memberi kepercayaan pada naskhah ini sekaligus bersetuju untuk bekerjasama menayangkan filem ini di negara berpopulasi tinggi dan semakin mengungguli kutipan tertinggi box office dunia menerusi filem tempatannya mahupun antarabangsa.

Penerimaan ini di peringkat antarabangsa membuktikan jalan cerita yang dihidangkan dalam filem ini sesuai dengan penonton sasaran universal.

Image 2_Moon_s friends helping her with her fitness journey

Sebagai pengkarya filem di Malaysia, saya teruja apabila dapat peluang keemasan untuk mempersembahkan TBB buat penggemar dan penonton filem di China.

Saya harap filem ini mampu menyentuh perasaan penonton di sana sama seperti mana penonton di Malaysia.

Di zaman era serba canggih ketika ini, ada segelintir daripada kita yang suka memburu populariti di laman media sosial sehingga mengabaikan nilai-nilai murni.

Saya harap elemen kejujuran yang diselitkan di dalam TBB, mampu memupuk kita untuk lebih menghargai masa bersama keluarga dan rakan-rakan serta menghargai diri sendiri.”

Pengarah TBB, Chiu Keng Guan

Filem terbitan Astro Shaw, Golden Screen Cinemas, Multimedia Entertainment & MM2 Entertainment ini telah ditayangkan di pawagam tanah air dan Brunei pada Februari tahun lalu dan berjaya meraih kutipan sebanyak RM5.4 juta.

Image 5_BTS with director Chiu

TBB dibintangi oleh bekas Miss Astro, Serene Lim dan Vivienne Oon, penyanyi Ruby Yap, Moon Yoong, Joanne Lau dan Keigrey Kam.

Filem yang mengangkat tema hargai diri seadanya dan persahabatan ini menceritakan tentang seorang gadis bertubuh ‘comel’ bernama Moon, yang mempunyai impian untuk menjadi seorang angkasawan.

Dia hidup gembira, dan bekerja sebagai mascot. Tetapi beban hutangnya semakin banyak sehingga memaksanya untuk menyertai pertandingan mengurangkan berat badan yang memerlukannya berkongsi perjalanan di media sosial.

Image 7_BTS with director Chiu, cast and crew
Image 4_BTS with director Chiu

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ain Edruce Sibuk Rancang Majlis Pertunangan, Tolak Tepi Persiapan Raya

Jujur Seorang Lelaki Dalam Telemovie BUDAK BETUL Lakonan Nadzmi Adhwa