in , ,

Filem THE LAST SAMURAI Lakonan Mantap Tom Cruise

Disiarkan pada 10 Oktober Ini, pukul 9.30 malam di TV2, filem arahan Edward Zwick ini dibintangi oleh Tom Cruise, Ken Watanabe, dan Koyuki.

Cuba fikirkan bagaimana kita menjalani kehidupan kita di dunia selama ini? Apakah kita berdisiplin dan menghayati apa yang kita perjuangkan? Mengangkat kisah berkaitan perjuangan, Radio Televisyen Malaysia (RTM) membawakan filem bergenre aksi, drama dan sejarah bertajuk “The Last Samurai”.

Disiarkan pada 10 Oktober Ini, pukul 9.30 malam di TV2, filem arahan Edward Zwick ini dibintangi oleh Tom Cruise, Ken Watanabe, dan Koyuki.

Filem The Last Samurai

Filem THE LAST SAMURAI Lakonan Mantap Tom Cruise di TV2

Ia bercerita tentang pemberontakan kelompok Katsumoto, pihak pemerintah Jepun yang meminta bantuan daripada Amerika Syarikat.

Pihak Amerika setuju lalu mengirimkan seorang veteran Perang Saudara, Kapten Nathan Algern lakonan mantap Tom Cruise untuk melatih para prajurit maharaja untuk menggunakan senapang Winchester.

Pada mulanya Nathan menganggap remeh dan baginya samurai tidak lebih dari para tentera dengan pedang dan panah. Dia memperkecilkan kebolehan samurai yang mahu ditentang oleh mereka.

babak dalam The Last Samurai di TV2

Namun Nathan harus memikirkan semula pandangannya setelah ditangkap dalam sebuah pertempuran yang sebenarnya berat sebelah. Ia kerana kumpulan tentera handalan yang dibawanya ternyata sebenarnya tidak berpengalaman dalam peperangan.

Kemuncaknya Katsumoto telah mengambil keputusan bertindak membawa pulang Nathan sebagai tawanan ke desa tempat tinggal anaknya.

Akhirnya setelah melalui musim dingin yang panjang, kekerasan hati Nathan cair juga dan dia pun mula bercerita tentang falsafah sejarah dengan Katsumoto mengenai peperangan dan etikanya.

Sejak itu situasi mula berubah bila Katsumoto mengizinkan Nathan untuk belajar ilmu samurai yang bukan sahaja tentang ilmu pedang sebaliknya juga berkaitan bushido, sebuah kod bagi pejuang samurai.

Ternyata ia berjaya mempengaruhi Nathan untuk berubah haluan dan bergabung dengan kelompok Katsumoto.

Namun bagaimanakah kesudahan kisahnya? Saksikan tayangan filem ini di TV2.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.    

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Tayangan Filem HOTEL SOUL GOOD

Get 1 For 1 Movie Tickets at TGV Cinemas With Your Touch ‘N Go Ewallet!