in ,

Filem THE ASSISTANT Bakal Bertanding di 24th Udine Far East Film Festival 

Malaysia International Film Festival membawa filem “The Assistant” ke 24th Udine Far East Film Festival Untuk Tayangan Perdana Dunia Dalam Unit Pertandingan Filem Malaysia “The Assistant”, telah menerima berita yang mengujakan daripada Festival Filem Antarabangsa.

Berdasarkan Malaysia International Film Festival (MIFFest), “The Assistant” telah disenarai pendek dalam bahagian pertandingan Far East Film Festival (FEFF) secara rasmi dan memenangi peluang untuk tayangan perdana di peringkat antarabangsa. Ini juga merupakan kali pertama “The Assistant” ditayangkan di festival filem dunia. 

Pengerusi MIFFest, Joanne Goh berkata: “Saya benar-benar teruja apabila mendengar mengetahui berita daripada Far East Film Festival Itali bahawa filem “The Assistant” telah disenarai pendekkan dan mempunyai tayangan perdana di platform antarabangsa. Membawa filem Malaysia yang cemerlang memasuki visi industri filem anatarabangsa merupakan misi MIFFest selama ini.” Tahun ini juga merupakan kali pertama MIFFest dan FEFF mencapai kerjasama. Kedua-dua festival filem berharap dapat membawa pencapaian baharu kepada industri perfileman dan televisyen Timur dan Barat melalui atas kerjasama kali ini. 

Henley Hii_The Assistant_Media Junket_Sonypicturesmy_Profilepicture1

“The Assistant” mewakili reputasi antarabangsa Malaysia, dan Adrian Teh berkata, “Sebagai seorang pembikin filem, saya rasa bangga kerana ini merupakan suatu pengiktirafan terhadap hasil kerja kami. Saya ingin berterima kasih kepada MIFFest atas bantuan dan sokongan yang diberikan. Saya amat menantikan tayangan perdana dunia tersebut, dan saya berharap penonton di Udine akan menyukai filem kami.” Filem “The Assistant” akan ditayangkan di pawagam Malaysia bermula 19 Mei 2022. 

Adrian Teh juga menyampaikan penghargaan terhadap usaha barisan pelakon dan krew penggambaran yang terlibat. Dia berkata: “Tanpa usaha anda semua, kita tidak mampu menghasilkan filem yang unggul.” 

Hairul Azreen_The Assistant_Media Junket_Sonypicturesmy_Profilepicture3

“The Assistant” ini menceritakan tentang Zafik (ledil Dzuhrie), seorang lelaki yang terpaksa meringkuk di dalam penjara atas kesalahan yang tidak dilakukan olehnya. Selepas hilang segalanya, dia bertemu Feroz (Hairul Azreen) yang sering muncul pada waktu “tepat”. Adakah Zafik berjaya merungkai motif sebenar Feroz? Filem ini juga menampilkan bintang Henley Hii sebagai Sam dan Farali Khan sebagai Sofia. 

“The Assistant” adalah filem thriller aksi tempatan hasil kolaborasi Sony Pictures Entertainment Malaysia bersama Act 2 Pictures. Ia diarah, ditulis dan diterbitkan oleh Adrian Teh. Ini juga merupakan kali pertama Act 2 Pictures bekerjasama dengan studio Hollywood. 

Saksikan Filem “The Assistant” di pawagam seluruh negara 19 Mei ini! 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fesyen Travel Trending | 20

Seleksi Makanan Terbaik Di Selayang Yang Perlu Anda Cuba! Jom Singgah!

Michael Pena Movie Filem | 21

Must Watch! Max Original Film Moonshot Lifts Off On March 31, 2021