in ,

Filem SNITCH Kisah Klasik Perjuangan Seorang Ayah

Kasih sayang ibu bapa kepada anak-anaknya tidak akan pernah habis sampai bila-bila pun. Kita sebagai anak takkan dapat membalas jasa yang dicurahkan mereka walau dengan apa cara sekalipun. Dalam pada itu antara ibu dan ayah memiliki cara masing-masing dalam mendidik dan membahagiakan anaknya.

snitch-poster01

Seringkali kita ditonjolkan sisi kepayahah dan pengorbanan seorang bergelar ibu dalam membesarkan anak. Jarang sekali kita dikongsikan dengan kerih perih dan susah payah seorang ayah melunasi tenggungjawab terhadap anaknya.

Diangkat daripada sebuah kisah benar, Radio Televisyen Malaysia (RTM) bakal berkongsi tayangan filem Inggeris klasik bertajuk “Snitch” pada 2 Oktober ini, pukul 9.30 malam di TV2 yang memaparkan kisah klasik perjuangan seorang ayah terhadap anaknya.

Menampilkan lakonan mantap Dwayne Johnson sebagai watak ayah, kisahnya berkembang dengan memperkenalkan watak Jason yang dilakonkan oleh Rafi Gavron telah diperangkap oleh kawan-kawannya sendiri hingga mengakibatkannya dirinya diheret ke penjara. Ia melibatkan dakwaan dirinya menjadi pengedar dadah.

Situasi ini tentu sahaja membuatkan kedua orang tua Jason terkejut dan melakukan segala upaya untuk membebaskan Jason daripada dakwaan tersebut.

Sebagai seorang ayah, John Matthews (Dwayne Johnson) walaupun telah bercerai dengan ibu Jason, merasa turut bertanggungjawab dan berusaha mencari jalan terbaik untuk membebaskan Jason.

Ternyata Matthews tidak banyak pilihan. Hanya ada satu cara yang boleh dilakukannya untuk memastikan Jason bebas daripada pertuduhan tersebut. Dia perlu membantu pihak polis untuk menangkap penjenayah sebenar bagi mengurangkan hukuman kepada Jason.

Mahu atau tidak dia akhirnya Matthews akur dengan situasi tersebut untuk membebaskan Jason secepatnya dari penjara. Memang tidak mudah. Dia perlu melalui cabaran demi cabaran dan pelbagai risiko yang menanti. Sementara itu Jason terpaksa berhadapan dengan layanan buruk di penjara.

Dapatkah Matthews menebus kebebasan untuk anaknya? Ikuti kesudahannya di TV2.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Animasi GO JETTERS di TV1

Ghosts & Ghouls Come To Life at Golden Screen Cinemas