in

Filem Rock Ooo Rimba Bara Kembali

ROCK Ooo… – RIMBA BARA KEMBALI!

ROCK Oo merupakan sambungan daripada filem ROCK yang pernah ditayangkan di seluruh negara pada 2005 dan kemudiannya di kaca televisyen. Rata-rata penonton yang telah menyaksikan filem tersebut memberikan pujian dan komen yang positif.

Disebabkan penerimaan yang baik daripada penonton, Grand Brilliance dan Mamat Khalid kembali bersatu setelah 6 tahun terpisah untuk menerbitkan susulan dari filem tersebut yang akan diberi judul “ROCK Ooo…” khas untuk peminat-peminat filem.

Masih mengekalkan pengarah otainya Mamat Khalid, filem “ROCK Ooo…” akan menjadi kesinambungan generasi peminat rock yang dipaparkan dalam filem terdahulu.

Masih mengekalkan Que Haidar dan Khir Rahman, filem “ROCK Ooo…” bakal di”gempak”kan lagi dengan penampilan pelakon baru berbakat besar seperti Sofi Jikan dan Pekin Ibrahim.

Seperti yang kita sudah sedia maklum, pelakon Que Haidar yang membintangi filem ROCK telah pun mengumumkan hasratnya untuk bersara dari persada seni tanahair.

Namun demikian disebabkan kerinduan pelakon itu terhadap watak Amy dan juga potensi serta kewibawaannya dalam filem tersebut, membuatkan Mamat berjaya memujuk pelakon itu agar melupakan hasratnya untuk bersara seketika dan menerima pelawaan pengarah itu untuk melakonkan watak Amy selaku bintang utama filem “ROCK Ooo…”.

Menurut Tengku Iesta Tengku Alaudin selaku Pengurus Besar, Filem & Drama, Primeworks Studios Sdn. Bhd., filem “ROCK Ooo…” dijangka akan ditayangkan kepada umum sempena musim Hari Raya Aidilfiltri tahun 2012.

Mengulas pemilihan Mamat Khalid, pengarah yang pernah mencipta fenomena tersendiri apabila berjaya mengumpul kutipan panggung sebanyak RM8 juta menerusi filem Hantu Kak Limah Balik Rumah. Ibaratkan sirih pulang ke ganggang, Mamat Khalid diangkat kembali bagi meneruskan perjalanan pengarahan bersama Grand Brilliance serta dengan kejayaan sebelum ini mampu meyakinkan pihak kami untuk bekerjasama semula dengannya. Mamat juga mampu menghasilkan filem yang bukan sahaja komersial malah filem yang bergenrekan ‘art’ seperti Kala Malam Bulan Mengambang.

Tambahnya lagi, “Dengan barisan pelakon yang mantap, pengarah yang berkaliber, idea skrip dan jalan cerita yang menarik, sokongan daripada penonton dan kempen promosi rock yang menyeluruh, kami yakin filem “ROCK Ooo…” ini bakal mengembalikan nostalgia zaman kegemilangan muzik rock dan dihasilkan sebagai tanda penghargaan kepada pemuzik generasi tersebut.”

Telah menjalani penggambaran di Kg Terong, Taiping dan kini diteruskan dengan penggambaran di sekitar pusat Bandaraya Ipoh dan Taiping, Perak.

Mengenai “ROCK Ooo…”
Filem ‘ROCK Ooo…’ merupakan kesinambungan Rock (2005) yang memaparkan kisah kehidupan kumpulan Rimba Bara yang telah berpecah dan kini bersatu semula atas azam dan kata-kata semangat Amy Mat Piah (Que Haidar) : “Pantang anak petani moden mengundur kalah.”

Semangat ahli kumpulan Rimba Bara terpupuk semula dan mereka bertekad untuk meneruskan perjuangan di ibukota dan di kampung. Mereka harus mencari jalan penyelesaian untuk setiap rintangan yang datang bagi merealisasikan impian mereka untuk menjadi kumpulan rock yang terkenal di persada seni tanahair. Apakah kelainan yang bakal ditonjolkan oleh Mamat Khalid menerusi filem “ROCK Ooo…” dan adakah filem ini lebih menyengat dari yang asal? “ROCK Ooo…” turut dibintangi Khir Rahman, Sofi Jikan dan Pekin Ibrahim.

Syarikat Produksi:Naga AVXS SDN BHD
Filem terbitan: Primeworks Studios Sdn Bhd
Judul Filem: Rock Ooo… : Rimba Bara Kembali
Durasi: 90 minit
Bahasa: Bahasa Malaysia

TENAGA PRODUKSI:
Penerbit : Tengku Iesta Tengku Alaudin
Penerbit eksekutif: Jalena Rejab
Pengarah: Mamat Khalid
Penulis Skrip: Mamat Khalid
Pengarah Sinematografi: Raja Mukhriz
Penolong Pengarah 1: Rizal Othman
Penolong Pengarah 2: Saifullah Khaisas
Penata Seni: Mamat Khalid
Pengurus Produksi: Zahari
Busana: Akma Suriyati
PELAKON UTAMA
Que Haidar – Amy Mat Piah
Khir Rahman – Jijo
Sofi Jikan – Zul Kapan
Pekin Ibrahim – Slash Haji Tapah
Azmi Black – Mi Black

Rock Ooo Rimba Bara Kembali

Rock Ooo Rimba Bara Kembali

Rock Ooo Rimba Bara Kembali

Rock Ooo Rimba Bara Kembali

Rock Ooo Rimba Bara Kembali

Rock Ooo Rimba Bara Kembali

Rock Ooo Rimba Bara Kembali

Rock Ooo Rimba Bara Kembali

Rock Ooo Rimba Bara Kembali

Rock Ooo Rimba Bara Kembali

Rock Ooo Rimba Bara Kembali

Rock Ooo Rimba Bara Kembali

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Concert Loudness LIVE in KL

Gambar Hos Majalah 3 Nurul Syuhada Kahwin