in

Filem & Rancangan Variasi Istimewa Mengisi Jadual Krismas ntv7

Minggu sebelum Krismas pastinya kelam-kabut bagi mereka yang sibuk membeli-belah sempena perayaan ini. Jangan risau kerana program TV anda untuk musim cuti ini telahpun tersedia dengan rancangan-rancangan yang menarik!

“ntv7 akan meneruskan tradisinya di mana rancangan-rancangan yang disediakan bertujuan merapatkan silahturahim di antara ahli keluarga di samping menghiburkan setiap penonton sempena sambutan Hari Natal,” kata Airin Zainul, Pengurus Besar Kumpulan ntv7 & 8TV.

“Barisan program Krismas tahun ini merupakan antara barisan program terbaik yang ditawarkan oleh ntv7, yang membawakan pelbagai sajian menarik dari filem ke program variasi,” tambah Airin.

Oliver Twist

Sajian filem-filem istimewa

Antara filem-filem hebat Cina yang bakal menemui penonton adalah From Beijing With Love, Lost In Time, I Corrupt All Cops dan Peace Hotel yang menampilkan artis-artis popular termasuklah Stephen Chow, Chow Yun Fat, Anthony Wong, Tony Leung dan Anita Yuen yang pastinya menarik!

Barisan program pastinya tidak lengkap tanpa dua filem komedi dan seram. The Whole Nine Yards yang dibintangi Bruce Willis, Matthew Perry dan Rosanna Arquette, menceritakan kisah Oz yang merupakan seorang doktor gigi yang berkerja kuat untuk membayar hutang supaya dia boleh menceraikan isterinya. Apabila si isterinya mengetahui bahawa jiran baru mereka iaitu Jimmy the Tulip merupakan buruan, dia sanggup menghantar Oz ke Chicago untuk melaporkan kemunculan Jimmy bagi mendapatkan bayaran. Vampirella pula memaparkan kisah seorang vampire yang seksi yang ingin membalas dendam demi kematian ayahnya itu.

Dalam pada itu, filem-filem kegemaran seisi keluarga seperti Oliver Twist sebuah cerita adaptasi kisah klasik popular dari Dickens, Nim’s Island, sebuah filem fantasi serta filem animasi My Little Pony Equestria Girls yang pastinya bakal menarik perhatian seisi keluarga untuk sama-sama menonton pada musim cuti ini. Filem-filem ini menampilkan barisan pelakon terkenal seperti Jodie Foster, Gerard Butler, Barney Clark Ben Kingsley dan Jeremy Swift.

Program variasi

Raikan musim perayaan ini bersama keluarga dan rakan-rakan dengan resipi Krismas yang sedap lagi menarik dari cef terkenal Gordon Ramsay dalam “Gordon Ramsay’s Ultimate Christmas Part 1 & 2”. Dalam program khas yang bersiaran selama dua hari ini, Cef Gordon akan memperkenalkan resipi-resipi sempena perayaan Krismas seperti ayam belanda yang dimakan bersama sarak (stuffing) serta pencuci mulut yang pastinya meninggalkan tanggapan yang baik bagi pelawat-pelawat anda!

Dalam pada itu, penonton-penonton juga bakal disajikan dengan program-program silap mata terbaik dunia dalam “David Blaine: Real Or Magic Special” dan “Criss Angel Mindfreak Season 3 Special” di mana ahli-ahli silap mata akan mempersembahkan aksi-aksi magik dan ilusi yang menggemparkan! Saksikan juga selebriti-selebriti terkenal yang turut dijemput menghangatkan rancangan ini seperti Ricky Gervais, Woody Allen, Robert De Niro, Katy Perry dan ramai lagi.

Sambutan Krismas diteruskan lagi dengan dua buah rancangan menarik iaitu “Bear’s Wild Weekend Part 1 & 2” bersama Jonathan Ross (Part 1) and Miranda Hart (Part 2) dan “Shark Attack Survival Guide” yang akan memaparkan pengembaran dan ekspedisi yang penuh saspen serta pemburu haiwan yang dasyat sekali. Tidak ketinggalan juga program hiburan Miss Malaysia Tourism 2014.

“Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Natal dan selamat bercuti kepada penonton-penonton setia kami” kata Airin.

Pastikan anda menyaksikan program-program menarik sempena Krismas ini di ntv7 (Saluran 107):

TARIKH MASA RANCANGAN
24 Dec 8.30pm Criss Angel Mindfreak Season 3 Special
24 Dec 11.00pm I Corrupt All Cops
25 Dec 1.30pm From Beijing With Love
25 Dec 11.00pm Peace Hotel
25 & 26 Dec 8.30pm Gordon Ramsay’s Ultimate Christmas Part 1 & 2
26 Dec 12.00pm – 1:30pm My Little Pony Equestria Girls
27 Dec 11.00pm The Whole Nine Yards
27 & 28 Dec 12.00pm Bear’s Wild Weekend Part 1 & 2
28 Dec 9.30am Oliver Twist
28 Dec 2.00pm Nim’s Island
28 Dec 4.00pm David Blaine: Real Or Magic Special
28 Dec 8.30pm Shark Attack Survival Guide
28 Dec 9.30pm Miss Malaysia Tourism 2014
28 Dec 11.00pm Vampirella

ntv7 juga boleh ditonton di Saluran 107. Rancangan kegemaran anda juga boleh dilihat semula di www.tonton.com.my serta ikuti perkembangan terbaru kami menerusi media sosial:

Facebook: (Urban – ntv7 │Chinese – ntv7 中文)
Twitter: @ntv7
Instagram: (Urban @ntv7 │Chinese – @ntv7chinese)
Hashtag: #ntv7

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Siaran Luar THR Gegar Menyambut Kepulangan Pak Majid

International Motorcycle Festival (IMF) 2014