in

Filem Petaling Street Warrior

PETALING STREET WARRIOR (PSW)

Sinopsis Filem Petaling Street Warrior:
Berlatarkan situasi di Jalan Petaling (Petaling Street) pada tahun 1908, filem ini mengisahkan Shi Duyao (dilakonkan oleh Mark Lee), seorang penjual mee Hokkien di sebuah warung di Jalan Petaling. Beliau tidak mengetahui yang dia sebenarnya adalah pewaris Kerajaan Jianwen dari Dinasti Ming yang telah melarikan diri ke Asia Tenggara beratus tahun dahulu.

Isterinya, Zhung Li Chun (Yeo Yann Yann), secara rahsia cuba melindungi Shi Duyao dengan bantuan sepupunya Liu Kun (Namewee). Sering diganggu oleh penyangak/penjahat yang mencari peta harta karun, Shi Duyao harus memahirkan diri dengan seni mempertahanan diri, “Kungfu Dara” (Virgin Kungfu Skills) secepat yang mungkin bagi menentang penjahat-penjahat tersebut.

Hasil kolaborasi arahan James Lee dan Sampson Yuan, Petaling Street Warriors (PSW) telah menjadikan Seputeh, Perak sebagai lokasi utama filem ini. Penggambaran yang memakan masa selama sebulan setengah, dengan bajet 3 juta, meletakkan PSW sebagai filem cina tempatan termahal pernah diterbitkan di Malaysia.

Bagi menghasilkan aksi lasak yang terbaik dan mendebarkan buat penonton, penerbit Sampson Yuan, menggunakan khidmat Ma Yuk-Sing, seorang koreografi seni mempertahankan diri yang terkenal di Hong Kong. Hasil kerja beliau boleh dilihat menerusi filem A Chinese Ghost Story dan Storm Rider 2. Menerusi bimbingannya, Yeo Yann Yann dan Chris Tong berjaya ditransformasi menjadi dua wira yang sangat hebat di layer perak.

Poster MY

Trailer Filem Petaling Street Warrior :

Filem Petaling Street Warrior

Filem Petaling Street Warrior

Filem Petaling Street Warrior

Filem Petaling Street Warrior

Filem Petaling Street Warrior

Filem Petaling Street Warrior

Filem Petaling Street Warrior

Filem Petaling Street Warrior

Filem Petaling Street Warrior

Filem Petaling Street Warrior

Filem Petaling Street Warrior

Filem Petaling Street Warrior

Filem Petaling Street Warrior

Filem Petaling Street Warrior

Filem Petaling Street Warrior

Filem Petaling Street Warrior

Filem Petaling Street Warrior

Filem Petaling Street Warrior

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Jom Menonton Filem JACK AND JILL

Drama Iftitah