in

Apa Yang Anda Patut Tahu Tentang Filem PERANSANG RENTAP

Bermula pada 2 November 2017 sebuah filem terbitan Unique Twins Sdn. Bhd. berjudul Peransang Rentap yang mengangkat tema budaya masyarakat Iban di Sarawak bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara.

Penerbit yang juga merangkap pengarah filem ini, Lina Johor memberitahu semangat pahlawan Rentap telah dipilih untuk filem terbitannya bagi menonjolkan kelainan daripada filem-filem kisah kepahlawanan yang pernah ada sebelum ini.

Filem PERANSANG RENTAP

Peransang Rentap Paparan Kisah Cinta dan Perjuangan

“Sebelum ini memang dah ada beberapa cerita tentang pahlawan Melayu, namun kali ni kami cuba mengangkat pula tentang Rentap, seorang pahlawan Sarawak. Namun, filem ini cuma lebih kepada mengambil semangat perjuangan wira ini yang sangat popular di negeri tersebut.

Diana Johor Ambil Masa 4 Tahun Untuk Siapkan Filem PERANSANG RENTAP

“Peransang Rentap diterbitkan memandangkan ia cukup unik dan berlainan daripada filem-filem pahlawan lain yang pernah diterbitkan. Untuk menerbitkan filem ini sahaja, kami telah melakukan hasil kajian selama empat tahun bagi mendapatkan segala maklumat berkaitan Rentap,” katanya.

Ujarnya, pembikinan filem Peransang Rentap mengambil masa selama 13 hari untuk tempoh penggambarannya dengan tenaga kerja kru produksi seramai 33 orang. Bagi menjayakan filem tersebut, kru dan para pelakon telah berkampung di sebuah kawasan pedalaman di Kuching.

Peransang Rentap merupakan sebuah filem berkisarkan tentang cinta, perjuangan pergorbanan dan dendam anak muda Iban, Jenang dengan semangat berkobar-kobar ingin berjuang bersama-sama pahlawan hebat yang sangat dikagumi oleh masyarakat Sarawak bernama Rentap untuk memerangi penjajah British.

Dalam perjalanannya menyampaikan perutusan, Jenang telah jatuh cinta dengan seorang gadis dari kampung seberang. Di situlah terbitnya bibit-bibit cinta, dan onak duri yang merubah segala-galanya.

Sementara itu, pelakon utama Peransang Rentap, Diana Johor yang juga kembar kepada Lina mengatakan filem berkenaan agak unik disebabkan ia mengisahkan bagaimana cara orang Iban bercinta.

Vincent Mallang Workout Untuk Nampak Sado dalam PERANSANG RENTAP

“Filem ini ada kelainan dari segi bahasa, pakaian dan cara bercinta. Ia boleh diibaratkan macam kisah Romeo And Juliet versi Iban dan ia wajib ditonton untuk orang-orang yang sedang bercinta.

“Sebenarnya filem ini lebih kepada cerita kisah cinta dengan menunjukkan adat orang Iban bercinta, adab sopan santun dan memaparkan betapa romantik orang zaman dahulu bercinta,” ujarnya.

Selain Diana, filem ini turut dibintangi dua pelakon baharu dari Sarawak iaitu Vincent Mallay Alfred yang melakonkan watak Jenang dan Charl may (Jambai) serta Richard Martias Bruce Walker dan Iwan Haji Dasri yang merupakan barisan pelakon kelahiran Sarawak.

Menariknya lagi tentang filem Perangsang Rentap apabila lagu runut bunyi (OST) filem ini yang berjudul Sayau turut dinyanyikan oleh Lina sendiri dan Charl May yang dikenali sebagai penyanyi di Sarawak.

BARISAN PELAKON

Vincent Mallang Alfred – Jenang

Diana Johor – Entiang

Charl may – Jambai

Ethel Lampai – Dedeng

Emmanuel Reuben – Aweng

Richard Martias – Senyalad

Bruce Walker – Tuai Panggit

Iwan Haji Dasri – Tuai Aeing

Filem PERANSANG RENTAP

Filem PERANSANG RENTAP

Filem PERANSANG RENTAP

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kamal Adli Akui Emma Tak Salah, Zahirah Cuba Tikam Belakang

Yang Anda Patut Tahu Tentang Kamera Leica Q silver