in ,

Filem Olabola Raih RM2.5 Juta Dalam Tempoh 4 Hari

Filem OlaBola yang telah membuka tirai pada 28 Januari 2016 menerusi 126 pawagam di seluruh Malaysia dan Brunei, ternyata telah mencipta gelombangnya tersendiri apabila berjaya meraih RM2.5 juta dalam tempoh 4 hari.

Filem yang diarahkan oleh pengarah tersohor, Chiu Keng Guan ini turut mendapat sokongan dan reaksi positif daripada semua rakyat Malaysia.

Img_4102

Malah, OlaBola turut memberikan impak besar di laman-laman sosial dan menjadi trending di laman Twitter sebanyak 6 kali. Istimewanya, rata-rata tweet di laman Twitter dibanjiri oleh pemilik akaun dari pelbagai lapisan rakyat Malaysia.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Astro, Henry Tan berkata,

“Filem fiksyen OlaBola bukan hanya memaparkan sukan bola sepak sahaja, tetapi ia menonjolkan semangat dan perpaduan yang ada di Malaysia. Filem ini juga memiliki jalan cerita yang sesuai ditonton oleh semua lapisan rakyat di mana peminat sukan bola sepak boleh menikmati aksi bola sepak dan semangat berpasukan, manakala penonton yang meminati aksi komedi pasti akan terhibur dengan gelagat lucu yang ditampilkan. OlaBola juga turut membawa penonton mengimbau kembali era tahun 80-an menerusi pakaian, rambut, pesta karnival dan stadium pada ketika itu. Filem ini telah menerima pujiaan dari sudut kualiti produksi, muzik skor dan sinematografi.”

“Pihak kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah menonton filem ini dan menguar-uarkan serta mengajak sahabat dan kaum keluarga yang masih belum menonton untuk ke pawagam menyaksikan filem ini,” tambah Henry Tan lagi.

Untuk mengikuti info terkini tentang OlaBola, sila layari www.olabola.com.my, www.olabola.tv, www.youtube.com/astroshaw, www.facebook.com/astroshaw dan www.instagram.com/astroshaw.

Img_5089

Ob4

Ob5

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Selebriti Popular Jayakan Gerakan #GREEN24

Ulasan Konsert Mentor Milenia Minggu Pertama