in ,

Filem OLABOLA Kutip Lebih RM16 Juta Selama 39 Tayangan

Filem OlaBola terus dapat memenangi hati dan minda rakyat Malaysia, sebagai filem tempatan kutipan box office melebihi RM16 juta dan kini masih ditayangkan lagi setelah 39 hari di pawagam.

Filem terbitan Astro Shaw, Golden Screen Cinemas Sdn Bhd dan Multimedia Entertainment Sdn Bhd, OlaBola telah mendapat sokongan penuh daripada lapisan masyarakat rakyat Malaysia sejak mula ditayangkan pada 28hb Januari 2016.

Dengan tahap kutipan OlaBola, Astro Shaw mempunyai tiga filem tempatan yang mendapat kutipan box-office tertinggi di Malaysia, selepas The Journey (2014) yang mencapai RM17.3 jutadan Polis Evo (2015) yang memecah rekod sebanyak RM18 juta.

KUTIPAN BOX OFFICE MASIH MENDAPAT SAMBUTAN MELEPASI 16 JUTA

Diarahkan oleh Chiu Keng Guan, OlaBola adalah sebuah filem fiksyen mengenai pasukan pemain bola sepak yang terdiri dari pelbagai budaya menghadapi isu-isu peribadi dan cabaran sepasukan berjuang untuk mendapat peluang kejayaan di peringkat antarabangsa.

Filem yang sarat dengan aksi dan emosi ini membawa kita mengimbau zaman kegemilangan bila seluruh rakyat negara bersatu bersama sebagai satu pasukan kebangsaan.

OLABOLA BAKAL KE FESTIVAL FILEM DI TAIPEI

OlaBola yang meneruskan tayangan pada minggu keenam, telah dijemput untuk menyertai ‘official selection’ di Taipei Golden Horse Fantastic Film Festival antara 8 dan 17 April 2016.

Untuk mengikuti info terkini tentang OlaBola, sila layari www.olabola.com.my, www.olabola.tv, www.youtube.com/astroshaw, www.facebook.com/astroshaw dan www.instagram.com/astroshaw.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem MUNAFIK Kutip RM8.5 juta 11 Hari Tayangan

Budiey | 14

Pengalaman Budiey Berjimba di Tokyo DisneySea, Apa Yang Menariknya?