in , ,

Filem NANCY DREW Lakonan Emma Roberts di TV2

Filem bergenre komedi misteri, NANCY DREW yang dibintangi oleh Emma Roberts, Josh Flitter, Max Thieriot, Rachael Leigh Cook, dan Tate Donovan menemui penonton Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 22 Januari ini, pukul 9.30 malam menerusi TV2.

Karya arahan Andrew Fleming ini menceritakan tentang seorang gadis muda bernama Nancy Drew dan ayahnya berstatus duda iaitu Carson Drew yang berpindah dari River Heights ke California hanya untuk tempoh beberapa bulan saja.

Nancy dikenali sebagai gadis yang mudah tertarik dengan misteri-misteri pembunuhan yang belum diselesaikan. Baginya berdepan dengan situasi itu membuatkannya rasa seronok dan mencabar dirinya sendiri.

Emma Roberts Jadi Detektif Dalam Filem NANCY DREW di TV2

Justeru disebabkan itulah dia memutuskan untuk tinggal di sebuah rumah di California, di mana di rumah tersebut pernah berlaku kejadian pembunuhan seorang artis bernama Natalie Wood yang kesnya tidak pernah selesai sehingga kini.

Rumah itu dimiliki oleh individu bernama Dehlia Draycott. Ayah Nancy yang sedar tentang minat pelik anaknya itu terus meminta Nancy untuk tidak memperdulikan hal itu dan memberikan lebih fokus pada hal-hal persekolahannya.

Filem Nancy Drew

Pada awalnya Nancy berusaha untuk menuruti kehendak ayahnya dengan tidak mempedulikan kes itu. Tetapi usahanya gagal. Otaknya masih ligat memikirkan cara dan jalan bagaimana mahu menyelesaikan misteri pembunuhan itu dan mencari pembunuh sebenar yang masih bebas. Situasi sama membuatkan tumpuannya di sekolah gagal.

Ketika itu juga Nancy begitu kecewa kerana tidak mempunyai kawan di sekolah. Dia berasa terasing di sekolah baru itu. Mujur ada seorang lelaki bernama Corky yang mahu berkawan dengannya.

Filem Nancy Drew

Kerana tidak dapat memberi tumpuan di sekolah, Nancy memutuskan untuk meneruskan usaha untuk menyelesaikan misteri itu tanpa sepengetahuan ayahnya. Nancy pun memulakan siri penyiasatannya.

Ketika sedang menyelidik hal itu dia menemui sepucuk surat yang ditulis oleh Draycott kepada seseorang bermula huruf Z yang disyakki oleh Nancy sebagai orang yang pernah dicintai oleh Draycott.

Dia juga terjumpa beberapa foto milik Draycott yang ditinggalkan di rumah tersebut. Nancy kemudian menemukan fakta penting bahawa sebelum kematiannya, Draycott memiliki seorang anak dan menyerahkannya kepada keluarga angkat. Lalu apakah kisah selanjutnya? Dapatkan Nancy mencari jawapan penyelesaian kepada misteri itu? 

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

0

[Gambar] Bella Dally Bertunang dengan Usahawan Bergelar Arif

Drama Bersiri HOLA HERMOSA Lakonan Zara Zya