in ,

Filem MUNAFIK Arahan Syamsul Yusof

Syamsul Yusof kembali dengan menghasilkan filem terbaru , setelah hampir 4 tahun Syamsul Yusof berehat dari bidang perfileman selepas filem KL Gangster 2, kini beliau telah kembali dengan filem terbaru iaitu “MUNAFIK” .

Selepas filem “Khurafat” yang mendapat sambutan dari penonton sebelum ini, Syamsul Yusof kembali menghasilkan filem yang bergenre keagamaan “MUNAFIK”.

“MUNAFIK” cerita yang mengisahkan kegaamaan dan islamiah akan memulakan penggambaran pada 12 March 2015. Syamsul Yusof mengarah dan turut berlakon dalam filem “MUNAFIK”. Beliau memegang watak Adam sebagai seorang ustaz yang boleh mengubati penyakit gangguan syaitan atau sihir.

Untitled

“MUNAFIK” berkisar tentang Adam, seorang pengamal perubatan Islam yang tidak dapat menerima takdir apabila isterinya meninggal dunia.

Kemudian dia mengalami pelbagai pengalaman aneh setelah dipujuk mengubati seorang wanita bernama Maria yang mengalami gangguan.

Nama yang tidak asing dari dunia filem Nabila Huda muncul buat kali ke 3 . Lakonan beliau yang cukup berkesan mampu melakonkan watak Maria yang mengalami masalah tekanan perasaan atau mental dan sering tertekan akibat di ganggu dan di rasuk jin .

Ramai lagi pelakon-pelakon hebat dalam filem “MUNAFIK” seperti Fizz Fairuz & Pekin Ibrahim, mereka berdua pernah bekerjasama dengan Skop Productions sebelum ini . “MUNAFIK” adalah filem ke2 mereka dengan Skop Productions. Datuk Rahim Razali pertama kali berlakon filem bersama Skop Productions.

“MUNAFIK” merupakan hasil karya ke 9 Syamsul Yusof sebagai peneraju utama , pelakon dan penulis skrip

Untitled

NOTA PRODUKSI FILEM MUNAFIK :-

➢ Skrip/ karya – Syamsul Yusof

➢ Pengarah / Lakun Layar – Syamsul Yusof

Pelakon Utama

➢ Syamsul Yusof , Nabila Huda , Sabrina Ali , Fizz Fairuz , Pekin Ibrahim , Datuk Rahim Razali & A. Galak

Mula Penggambaran

➢ 12 March 2015

Lokasi Penggambaran

➢ Sekitar Kuala Lumpur & Janda Baik

Filem
➢ Ke 9 arahan Syamsul Yusof

➢ Ke 36 Terbitan Skop Productions Sdn Bhd

Kos Penerbitan

➢ RM 1.6 juta

Penerbit

➢ Datuk Yusof Haslam P.J.N

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Tayangan Premiere With Budiey – RIDE ALONG 2

Shaheizy Sam & Syatilla Melvin Nikah 8 Februari Ini