in ,

Filem Madagascar Dan Ice Age Meltdown Di TV2

2 FILEM ANIMASI : MADAGASCAR DAN ICE AGE MELTDOWN DI TV2 HIBURAN CUTI SEKOLAH

Kepada pengikut setia filem animasi, pastinya masih segar di ingatan anda gelagat dan aksi mencuit hati dan menghiburkan watak-watak pelbagai spesis haiwan yang cuba ditampilkan menerusi dua filem animasi popular, Madagascar dan Ice Age Meltdown yang pernah menguasai pawagam tanahair sekitar tahun .

Dua filem ini yang mempertaruhkan suara latar artis popular ini bukan sahaja berjaya menarik minat kelompok penggemar filem genre animasi malah mencetus fenomena kepada kanak-kanak berhibur dengan watak-watak haiwan yang ditampilkan menerusi plot cerita disampaikan selain diselitkan pelbagai pengajaran berguna.

Justeru Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi saluran Dunia Ria, TV2 sepanjang cuti persekolahan ini menghadiahkan buat tontonan mereka seisi keluarga menyaksikan filem-filem animasi box office ini. Menerusi slot Saturday Night Special @ 2, penonton akan dihidangkan dengan dua buah filem animasi Madagascar yang akan bersiaran pada 6 Jun 2009 manakala, filem animasi Ice Age Meltdown akan menjengah kaca TV anda pada 13 Jun 2009. Dua filem animasi ini akan bersiaran pada jam 10.30 malam di TV2.

Filem animasi Madagascar yang menggunakan suara pelakon Benn Stiller, Chris Rock, David Schwimmer, Jada Pinkett Smith dan Sacha Baron mengisahkan tentang kehidupan empat sekawan, singa, kuda belang, zirafah dan badak yang tinggal di New York’s Central Zoo. Mereka berempat merupakan kawan baik dan popular disebabkan pertunjukan mereka di zoo.

Walau bagaimanapun, setelah salah seekor daripada mereka terlepas daripada sangkar, yang lain berusaha untuk melepaskan diri dan mencari kawan mereka yang hilang supaya mereka dapat bersatu kembali. Mereka merampas sebuah kapal untuk ke Afrika dan disana pelbagai masalah timbul sehingga mewujudkan huru-hara.

Sementara itu, pada 13 Jun 2009, filem animasi Ice Age Meltdown pula akan mengisi ruang hari minggu anda menerusi slot dan pada waktu yang sama. Menpertaruhkan suara-suara pelakon seperti Ray Romano, John Leguizamo, Denis Leary, Seann William Scott dan Josh Peck. Filem animasi ini berkisar di zaman ais dimana kawasan lembah yang mereka diami dikelilingi oleh dinding ais.

Ice Age Meltdown mengisahkan tentang perjalanan Sid, Manny dan Diego selain ditemani oleh seekor tupai Scrat yang  berpindah daripada habitat mereka selepas kawasan itu bakal musnah disebabkan dinding ais telah retak dan akan runtuh serta akan membanjiri kawasan tersebut.

Manny, seekor mamot jantan yang merasakan spesisnya telah pupus dan hanya dia sahaja yang masih hidup. Namun dalam perjalanan ke habitat baru, Manny dan kawan-kawannya telah terserempak dengan mamot lain iaitu Ellie, Crash dan Eddie. Ellie yang merupakan satu-satunya mamot betina dan merasakan dirinya seperti seekor tupai. Manny juga berusaha untuk mendapatkan Ellie, tetapi perangainya telah membuatkan Manny menjadi hampir putus asa. Dalam perjalanan itu juga, penonton dapat melihat gelagat Scrat yang cuba untuk mendapatkan buah oak yang sangat berharga baginya.

Bagaimanakah perjalanan watak-watak dalam kedua-dua filem animasi ini, adakah haiwan-haiwan tersebut dapat bersatu kembali dan adakah Many berjaya untuk mendapatkan Ellie menjadi teman hidupnya.

Justeru jangan lupa untuk menyaksikan kisah pengembaraan haiwan-haiwan tersebut dalam filem animasi Madagascar yang akan bersiaran pada 6 Jun 2009 dan Ice Age Meltdown pada 13 Jun 2009 jam 10.30 malam dalam slot Saturday Night Special @ 2 di saluran Dunia Ria TV2 pada cuti sekolah nanti.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Gambar Majlis Resepsi Adlin Aman Ramli dan Emelda Rosmila

Project N.S Selebriti Popular Sertai PLKN