in , ,

Filem KUTUKAN SEMBILAN SETAN Kisah Seram Yang Tragis di Gunung Bromo

Sebuah Filem Yang Diinspirasi Dari Kisah Benar Sekumpulan Remaja Alami Kejadian Seram & Aneh Ketika Bercuti Di Gunung Bromo’

Gunung Bromo merupakan antara salah satu gunung berapi yang masih aktif yang terletak di Jawa Timur, Indonesia.

Oleh yang demikian, ia menjadi lokasi pilihan buat mereka yang gemarkan aktivivi mendaki gunung, termasuk pendaki dari luar negara.

Biarpun ia merupakan sebuah gunung yang popular, ternyata tetap berlaku kejadian-kejadian aneh dan menyeramkan yang dilalui oleh segelintir pendaki.

Filem KUTUKAN SEMBILAN SETAN Kisah Seram di Gunung Bromo

Menyedari hal itu, ia telah memberi ilham buat syarikat produksi Indonesia, PIM Pictures untuk menghasilkan sebuah filem seram berjudul Kutukan Sembilan SETAN.

Penerbitnya, Agustinus Sitorus memberitahu, mereka berminat untuk menerbitkan filem berkenaan setelah mendengar kisah benar seorang pemuda, Very Barus bersama tiga orang rakannya yang mengalami kejadian aneh dan seram ketika mendaki gunung Bromo.

“Apabila diceritakan pengalaman tersebut, akhirnya kami berbincang dan sepakat untuk menghasilkan filem Kutukan Sembilan Setan.
“Jalan cerita yang dipaparkan dalam filem ini telah diolah menjadi sebuah kisah yang menarik, namun ia adalah inspirasi kepada kejadian yang dialami sekumpulan remaja tersebut,”

– Agustinus Sitorus
Filem KUTUKAN SEMBILAN SETAN Kisah Seram di Gunung Bromo

Kutukan Sembilan Setan mengisahkan tentang Verdy bersama rakan-rakannya iaitu Devon, Sarah, Lia dan Miko yang merancang percutian di sebuah kawasan di gunung Bromo serta menyewa sebuah Villa selama lima hari.

Filem KUTUKAN SEMBILAN SETAN Kisah Seram di Gunung Bromo

Bagaimanapun, setibanya mereka di situ ternyata keadaan Villa berkenaan tidak sama dengan gambar yang diiklankan di internet ketika mereka membuat tempahan.

Selain Villa tersebut yang kelihatan aneh dah menyeramkan, mereka sudah diganggu beberapa kejadian misteri sejak hari pertama menginap di Villa berkenaan.

Diarahkan oleh Arie Aziz, filem berkenaan dibintangi barisan pelakon seperti Ajil Ditto, Denira Wiraguna, Frislly Herlind, Fandy Christian, Joshua Suherman, Fadhan Holao, Eric van loo, Sabina Bayramova,Fahira Almira, Brooklyn R, Gerald Krechoff, Egi, Fedly, Eistevanya Alexandra, Aisha Ali, Irna Jufe dan Zenia Zein.

Filem KUTUKAN SEMBILAN SETAN Kisah Seram di Gunung Bromo

Sementara itu, Arie selaku pengarah pula memberitahu bahawa Kutukan Sembilan Setan bukan sekadar filem seram semata-mata.

Ujarnya, filem terbaharu arahannya itu cuba untuk menjadi sebuah filem seram yang lebih variasi serta berbeza dengan filem seram yang pernah dihasilkan.

“Selain kisah seram, filem ini turut menerapkan elemen-elemen lain seperti percintaan dan persahabatan serta memaparkan visual keindahan gunung Bromo itu sendiri.

“Gandingan barisan pelakon juga begitu mantap dan serasi antara satu sama lain. Cuma kami berhadapan cabaran apabila keadaan cuaca yang tidak menentu,” ujarnya.

Diedarkan syarikat D’ Ayu Pictures untuk pasaran di Malaysia, Kutukan Sembilan Setan akan ditayangkan di pawagam mulai 26 OKTOBER 2023.

Filem KUTUKAN SEMBILAN SETAN Kisah Seram di Gunung Bromo

BARISAN PELAKON Filem KUTUKAN SEMBILAN SETAN

Fandy Christian – Verdy

Ajil Ditto – Devon

Denira Wiguna – Lia

Frislly Herlind – Sarah

Joshua Suherman – Miko

Fadlan Holao – Sunarto

Erick Van Loon – Kapten Van Der Heinz

Sabina Bayramova – Merry Van Der Heinz

Karenina Maria Anderson– Merry Van Der Heinz

Fahira Almira – Mirelle

Egi Fedly – Tarjo

Zenia Zein – Aisyah

Geraldy Kreckhoff – Andreas

Eistevanya Alexandra – Marissa

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Raisa Berjaya Pukau Peminat Malaysia di Konsert Raisa Hits Live In Concert 2023

RAHMAD MEGA

Konsert Semangat Zaman 2023 Imbau Nostalgia Era Rock Legendaris