in , ,

LoveLove OMG!OMG! WinWin HAHAHA!HAHAHA! CuteCute

Yang Anda Perlu Tahu Tentang Filem KRON

‘Mati Tetap Mati, Hajat Tidak Tercapai’

Zahiril Adzim

Filem-filem berunsur fiksyen pengembaraan yang turut menerapkan elemen sejarah sememangnya sesuatu yang cukup menarik jika jalan ceritanya dapat diolah dengan baik. Memandangkan filem sebegitu kurang dihasilkan, maka Opyglobal Pictures mengambil inisiatif dengan menghasilkan filem berjudul KRON arahan Opie Zami yang akan ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 22 OGOS 2019.

Filem KRON

Menurut Opie, KRON sebuah filem berlatar belakang kisah kerajaan Kedah Tua yang menghantar bunga emas kepada Siam dan ia kemudian plot ceritanya dikembangkan dengan menjadi sebuah filem fiksyen.

“KRON mengisah tentang seorang pengkaji sejarah iaitu Daud, pengidap kanser tahap empat yang menghabiskan sisa hidupnya menjejaki laluan Raja Siam yang digunakan untuk mengangkut bunga emas pemberian Sultan Kedah sekitar tahun 1803 hingga 1910.

“Motip utamanya adalah mahu mencari jawapan kepada kehilangan isterinya dalam sebuah ekspidisi.

Bagaimanapun, usahanya itu telah diganggu oleh mahkluk yang tidak dikenali,”

– Opie

Trailer Filem KRON

Menurut Opie, untuk menghasilkan filem ini, dia telah mendapat kerjasama dengan sebuah muzium di Kedah.

Jelasnya, filem terbaru arahannya itu telah mengambil masa selama 28 hari penggambaran dan lokasinya adalah di Baling, Kedah dan Kuala Langat pada tahun 2017. 

Antara barisan pelakon yang membintangi filem tersebut seperti Zahiril Adzim, Dayana Roza, Aman Graseka dan Mamak Puteh.

Filem KRON

“Mengenai barisan pelakon pula, saya berpuas hati atas lakonan dan komitmen yang ditampilkan mereka. Pemilihan pelakon pula adalah cadangan dan pendapat daripada orang industri sendiri,”

– Opie

Menurut Opie, tidak dinafikan untuk menghasilkan filem sebegini ia memberi cabaran tersendiri buat dirinya. Misalnya, set penggambaran yang ditenggelami air disebabkan musim banjir di Kedah.

“Ternyata cara peyampaian filem ini adalah berbeza berbanding filem-filem sedia ada dan sudah tentu ia juga satu cabaran buat saya supaya jalan cerita yang ditampilkan nampak menarik dan mudah difami penonton.

“Saya turut berharap agar filem ini diterima penonton kerana saya tahu tidak ramai pengarah yang ingin membuat filem seperti ini,”

– Opie
Filem KRON

Dalam pada itu, Dayana Roza selaku salah seorang pelakon utamanya menyatakan antara faktor dia ingin membintangi filem berkenaan kerana naskhahnya yang sangat unik memandangkan ia berkaitan dengan sejarah yang pernah berlaku diantara Kedah Tua dan Siam. 

Ujarnya, dia juga tertarik dengan wataknya sebagai Melur Suri yang digambarkan sebagai seorang yang penuh dengan dendam, marah serta sedih dengan apa yang terjadi. 

“Boleh dikatakan filem KRONini menjanjikan sebuah kelainan kepada penonton. Selain terhibur dengan jalan ceritanya, penonton dapat belajar sedikit sebanyak sejarah seperti bunga emas yang diberikan kerajaan Kedah Tua kepada Siam.

“Cabarannya pula adalah kami perlu menjalani penggambaran di kawasan gunung pada waktu malam.

Pada mulanya memang membuatkan saya agak takut dengan lokasi-lokasi penggambaran tetapi lama-kelamaan saya sudah dapat membiasakan diri,”

– Opie
Filem KRON

SINOPSIS FILEM KRON

KRON mengisahkan Profesor Daud (Aman Graseka) seorang pengkaji sejarah di sebuah muzium di Kedah dan pembantunya Sham (Zahiril Adzim) mahu melakukan pengembaraan menjejaki laluan Raja Siam untuk membawa bunga emas dan perak ke negaranya. Namun begitu, dia tidak mendapat kebenaran daripada pihak atasannya kerana khuatir dengan bahaya yang menimpa.

Bagaimanapun, kehadiran seorang ahli perniagaan bernama Melur Seri (Dayana Roza) telah menguatkan lagi hasrat dan cita-cita Profesor Daud memandangkan segala kos pengembaraan akan ditanggung oleh Melur Seri. Manakala, Pian (Mamak Puteh) seorang pengarah televisyen paranomal yang telah mendapat tahu tentang pengembaraan tersebut menawarkan diri untuk merakam semua aktiviti  secara percuma. 

Pada mulanya, semua perjalanan berjalan lancar dan mereka telah menemui pemulaan laluan yang bersejarah itu. Namun, sebaik sahaja sampai di pertengahan jalan, pandangan mereka dikaburkan dan mereka telah masuk ke laluan yang salah, sehingga kesemuanya diganggu dan diburu oleh makhluk misteri iaitu KRON.

Filem KRON

BARISAN PELAKON 

Dayana Roza: Suri

Zahiril Adzim: Sham

Aman Graseka: Professor Daud

Mohamad Ikhtiarudin @ Mamak Puteh): Pian

Ellie Suriati Omar: Bonda Iring 

Opie Zami: Kitoi /Ketoi

Bohari Ibrahim: Tok Batin

Pelakon Khas

Ruminah Sidek: Nenek Suri

Ahmad Idham: Amri

Cat Farish: Dr Hamid

Johara Ayob: Professor Mariana 

Nota Produksi 

Filem Terbitan: Opy Global Pictures Sdn Bhd

Pengarah: Opie Zami 

Penerbit: Zainudin Bahari

Penerbit Eksekutif: Amir Zainudin

Penyunting: Mohamed Sufiandin

Penulis Skrip: M. Hitler Zami / Opie Zami

Gubahan Muzik: Opie Zami

Pereka Kostum: Zubaidah Sual

Pengarah Casting: Abdul Mutalif Abu Bakar

Filem KRON

What do you think?

74 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Ulasan Ringkas Konsert Solo THIS IS Misha Omar di DFP

GROWING UP SUCKS Mesej Terbaru Chaleeda