in , , , ,

Elemen Komedi & Cinta & Persahabatan dalam Filem BIKERS KENTAL 2

Filem yang Dinanti-Nantikan, Bikers Kental 2 Padat dengan Aksi Hebat Lagi Mendebarkan, Bakal Menemui Penonton Malaysia pada 14 Mac

Yeah! Yang dinantikan, industri filem tanah air bakal digegarkan dengan satu lagi filem blockbuster tempatan, Bikers Kental 2 yang menggabungkan gaya hidup kumpulan ‘bikers’ dengan pemandangan indah di sekitar Thailand.

Filem Bikers Kental 2
Barisan selebriti yang menjayakan filem BIKERS KENTAL 2 termasuklah Faizal Tahir dan Akim Ahmad yang menyanyikan lagu runut filem ini.

Dunia Permotoran & Keindahan Pulau Phuket

Diarahkan oleh pengarah filem terkenal Mohd Helmi Mohd Yusof yang pernah mengarahkan “Bikers Kental dan Bopeng” filem ini mengisahkan tentang watak lucu lakonan Zizan Razak iaitu Bidin Al-Zaifa yang mahu melamar kekasih lamanya Cherry Porntit (lakonan Meau Julallangtip) yang berasal dari Thailand.

Hasratnya itu bagaimanapun dihalang oleh seorang samseng yang kejam, Albuqueq (lakonan Amerul Affendi) dan abang kandung Cherry yang juga seorang juara Muay Thai, Ananda (lakonan Pont Cranium). Turut membintangi filem ini ialah Dato’ Awie yang mainkan watak Eddie cuardo dan Datuk Afdlin Shauki sebagai Aidid, seorang pencinta makanan yang obses tentang hal-hal perkahwinan.

Video Live Sekitar Pelancaran Media Yang Berlangsung Pada 20 Februari 2019

Filem ini adalah filem pertama terbitan syarikat produksi MRB Network Sdn Bhd, dengan kerjasama Califworks Studio Sdn Bhd dan TGV Pictures Sdn Bhd, menggabungkan elemen-elemen di dalam dunia permotoran di Malaysia. Ia turut mengetengahkan kemesraan masyarakat Thai, keindahan budaya serta destinasi-destinasi menarik di sekitar Thailand seperti di Phuket dan Hatyai.

Filem Bikers Kental 2

“Kami mahu menarik minat, terutama sekali dari kalangan komuniti bikers dan peminat sukan permotoran.”

“Aksi mendebarkan lagi menyentuh perasaan Bidin al zaifa dan Eddie pastinya menjadi tumpuan beserta dengan kisah bagaimana mereka menyelesaikan masalah baru dan lama.”

– Kamal Akram Ibrahim, pengarah urusans yarikat MRB Network.

Helmi mahu menarik perhatian para peminat filem tempatan menerusi penglibatan Zizan dan Awie, yang kedua-duanya merupakan pelakon berjaya dan berpengalaman di dalam industri perfileman.

Trailer Filem BIKERS KENTAL 2

“Elemen komedi merupakan resepi utama di dalam menjayakan filem ini, beserta dengan kerjasama baik serta chemistry antara Zizan dan Awie,”

“Filem ini dirakam menggunakan peralatan yang tercanggih, beresolusi definisi tinggi dengan bantuan kamera ARRI ALEXA.”

“Kami mahu para penonton benar-benar dapat menyelami watak-watak yang dilakonkan dan mengetahui betapa sukarnya untuk menjayakan filem berkenaan,”

– Helmi

Malam Premiere Filem BIKERS KENTAL 2

Jom bertemu dengan pelakon-pelakon utama yang membintangi filem BIKERS KENTAL 2 iaitu Zizan Razak, Datuk Afdlin Shauki, Awie dan ramai lagi di Malam Premiere filem ini pada 5 Mac ini.

Budiey dengar, penyanyi Faizal Tahir dan Akim Ahmad turut hadir untuk memeriahkan suasana dengan mendendangkan sebuah lagu tema dari filem ini.

Filem Bikers Kental 2

Bikers Kental 2 akan mula ditayangkan pada 14 Mac 2019 di seluruh pawagam berdekatan dengan anda!

Selesai Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Poster Bikers Kental 2

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sharifah Sakinah Dikritik Gara-Gara Pakai Sport Bra Reebok

Celcom Terima Anugerah Antarabangsa Bagi Hab Penglibatan Pelanggan Terbaik