in

Filem Klasik Hebat Golden Classic On 2 di RTM

FILEM-FILEM KLASIK HEBAT PENUHI SLOT TERBAHARU GOLDEN CLASSIC ON 2 DI RTM

Tengah malam minggu anda pastinya lebih bermakna mulai Mac ini apabila Radio Televisyen Malaysia (RTM) membuka peluang kepada penonton setia salurannya untuk mengimbas kembali filem-filem Inggeris klasik yang pernah popular suatu ketika dahulu.

Diperkenalkan sebagai slot Golden Classic On 2 yang bakal menemui penonton setiap hari Sabtu, jam 12.00 malam di TV2, slot ini pastinya mampu membuatkan kalangan penonton yang menantikan tayangan filem-filem sebegini tersenyum lebar dalam mengimbas kembali memori lama yang pernah terlakar dalam kehidupan mereka suatu ketika dahulu.

Membuka tirai slot ini tayangan filem klasik The Sound of Music lakonan hebat Julie Andrews, Chrisyopher Plummer, Eleanor Parker, Richard Haydn, Peggy Wood dan Charmain Carr.

Filem diterbitkan pada 1965 ini berkongsi kisah berlaku sekitar tahun 1930an dimana seorang wanita muda bernama Maria telah gagal sepenuhnya dalam usaha untuk menjadi biarawati. Ketika itu Kapten Tentera Laut Georg Von Trapp menulis kepada biara untuk mendapatkan pengasuh kepada 7 orang anaknya setelah kematian isteri dicintainya. Ketika itu Maria telah terpilih untuk menggalas tanggungjawab tersebut.

Sewaktu dalam jagaan ayah mereka, anak-anak tersebut dijaga dengan penuh berdisiplin dan kawalan ketat dikenakan terhadap mereka. Ini menimbulkan rasa tidak selesa mereka dan timbul rasa untuk memberontak.

Kehadiran Maria disambut dingin oleh mereka dan kesempatan yang ada digunakan mereka untuk membuli Maria. Begitu pun segalanya tidak lama apabila mereka akhirnya lembut hati dengan layanan Maria terhadap mereka. Bukan setakat anak, malah ayah mereka turut jatuh hati terhadap Maria. Konflik timbul kerana sebenarnya kapten tersebut telah bertunang dengan wanita lain bernama Baroness.

Menyusul kemudiannya filem The Poseidon Adventure arahan Ronald Neame tahun 1972 yang pernah memenangi Anugerah Akademi USA tahun 1973 menerusi kategori Muzik Terbaik / Lagu Asal Terbaik untuk lagu The Morning After. Filem lakonan hebat Gene Hackman, Ernest Borgnine dan Shelly Winters ini mengisahkan sekumpulan penumpang yang berjuang untuk menyelamatkan diri dan terus hidup ketika kapal laut dinaiki mereka mengalami masalah di tengah laut.

Mungkin ada sudah pun hafal babak-babak romantis filem Titanic yang disiarkan tahun 1997 lalu, namun kali ini RTM membawakan filem Titanic klasik versi awal tahun 1915 arahan Pier Angelo Mazzolotti yang bergenrekan sejarah. Dilakonkan oleh Mario Bonnard, Giovanni Casaleggio dan Pierino Chiesa, ia bukanlah mengisahkan tentang kapal lagenda Titanic sebaliknya kisah tentang fiksyen yang dapat menjaga kehidupan.

Slot ini dalam bulan Mac bakal diakhiri dengan tayangan filem Cromwell lakonan Richard Harris, Alec Guiness dan Robert Morley yang membawakan plot dimana setelah kecewa dengan dasar Raja Charles I, Oliver Cromwell bercadang untuk membawa keluarganya ke Dunia Baru. Tetapi pada malam keberangkatan mereka, Cromwell ditarik ke dalam jaring kusut dari agama dan politik yang akan mengakibatkan Perang Saudara Inggeris (English Civil War). Filem diterbitkan tahun 1970 ini arahan Ken Hughes.

Saksikan empat filem hebat klasik ini berturut-turut sepanjang Mac ini hanya di TV2.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Matta Fair 2011 Malaysia Largest Travel Fair at PWTC

Stacy di Event Wall’s Cornetto Beri 100ribu Aiskrim