in , ,

Jom Tonton Filem KL WANGAN Arahan & Lakonan Pekin Ibrahim

Buat julung kali pertama dalam sejarah perfileman tanah air, jenama automobil bertaraf antarabangsa, Volkswagen menerusi Volkswagen Malaysia telah membuka ruang untuk berkolaborasi dengan syarikat produksi tempatan, Centro Pictures yang bakal menerbitkan filem KL WANGAN sebuah filem arahan Pekin Ibrahim.

Kolaborasi itu termeterai menerusi perjanjian yang ditandatangi di antara Centro Pictures dengan Volkswagen Malaysia dalam sidang media yang berlangsung di Ruang Pameran Volkswagen Gombak, Kuala Lumpur pada 19 Ogos 2016 lalu.

Filem KL WANGAN Arahan Pekin Ibrahim

Volkswagen Malaysia Kolaborasi Dengan Centro Pictures dalam KL WANGAN Sebuah Filem Arahan PEKIN IBRAHIM

pekin-ibrahim-black
PEKIN IBRAHIM

Pekin Ibrahim yang turut bertindak sebagai produser KL WANGAN berkata, kolaborasi di antara syarikat produksinya, Centro Pictures bersama Volkswagen Malaysia membuktikan bahawa KL WANGAN adalah filem produksi tempatan pertama yang mendapat pengiktirafan jenama automobil antarabangsa tersebut.

“Penglibatan Volkswagen didalam KL WANGAN akan memberi satu nilai eksklusiviti yang cukup tinggi dan menjadikan ianya sebagai sebuah filem yang cukup besar dari segi bajet produksinya.

“Saya berharap penglibatan Volkswagen di dalam filem ini akan membuka lebih banyak peluang buat jenama automobil antarabangsa yang lain untuk bekerjasama dengan syarikat produksi tempatan, sekaligus mampu menaiktaraf pembikinan filem tempatan khususnya yang berkait dengan filem-filem kereta bercorak aksi dan pantas,” katanya.

“Volkswagen Malaysia berbesar hati dan teruja untuk menjadi sebahagian daripada filem ini. Tajaan kami ke atasfilem KLWangan akan menyaksikan kereta-keretaberprestasi tinggi seperti Golf Rdan Golf Gti, yang akan beraksi bersama model Beetle yang ikonik, serta model terbaharu Volkswagen yang bakal dilancarkan tidak lama lagi, Passat B8.

Ini merupakan satu platform terbaik untuk kami membina kesedaran jenama dalam kalangan pengguna tempatan. Pada masa yang sama menunjukkan prestasi, kebolehpercayaan dan reka bentuk kereta Volkswagen.”

– Pekin Ibrahim

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, industri f ilem tempatan menyaksikan pertumbuhan yang cukup memberangsangkan.

“Menerusi KL Wangan, kami yakin industri ini akan terus berkembang. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepadaCentro Picturesdan pasukannyaataspeluangini. Kami juga doakan yang terbaik untuk penggambaran filem ini,” kata Isabela Pascu, Pengarah Pemasaran, Volkswagen Malaysia.

– Pekin Ibrahim

Dalam sidang media ini juga, barisan pelakon filem KL WANGAN turut diperkenalkan iaitu aktor Faizal Hussein, Emily Lim, Kazuto San serta Pekin Ibrahim sendiri.

KLWANGAN yang bermaksud ‘midnightrace’adalah sebuah filem tentang kelajuan dan keberanian yang disulami dengan dendam serta pengkhianatan. Ia juga turut dipenuhi dengan babak-babak kereta dalam mood kelajuan yang pantas.

Filem ini bakal menjalani penggambaran pada 21 Disember di mana lokasi pengambaran akan tertumpu di sekitar bandaraya besar di negara ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Premiere With Budiey Menonton ARRIVAL

Ulasan Filem PASSENGERS dari Kaca Mata Penonton