in

Filem Karipap-Karipap Cinta

KARIPAP-KARIPAP CINTA DI PAWAGAM MULAI 31 AUGUST
Ali adalah seorang pemuda yang bersopan dan baik perangainya tetapi kurang memiliki cita-cita dan motivasi.Dia bekerja di sebuah syarikat yang menerbitkan akhbar politik dan majalah misteri.

Tugasnya adalah untuk mengambil foto tempat-tempat yang kelihatan seram dan mengubahsuainya kepada gambar yang kelihatan mempunyai hantu. Dia jatuh hati pada Sarah,yang bekerja sebagai Kartunis. Dalam satu kejadian meragut, Ali cuba untuk menjadi hero tetapi terpaksa diselamtkan oleh Sarah dengan kemahiran seni silatnya. Ali mendapat tahu yang Sarah pernah belajar di Universiti Al-Azhar dan mempunyai kelayakan sebagai Ustazah.

Dalam usaha unutk memikat Sarah dan keluarganya, Ali berbohong yang dia juga adalah pelajar kelulusan dari Al-Azhar. Sementara itu, bos Ali, Datuk Razali Bunari terlibat dalam satu pertelingkahan sengit dengan saingan politiknya Dato Zidan.

Dia mendapat dokumen sulit mengenai skandal Dato Zidan dan ingin menerbitkannya melalui akhbar politik beliau.Ali terkejut apabila dapat tahu bahawa ayah Sarah pernah bekerja dengan Dato Zidan dan memang terlibat dalam skandal tersebut.Setelah ketahui keinginan Bosnya itu, Ali ingin menebus dosa dengan mencuri dokumen-dokumen tersebut dari pejabatnya.

Dengan bantuan empat sekawan beliau dapat pecah masuk ke rumah Bosnya dan mencuri dokumen tersebut. Adakah hajat Ali untuk memikat sarah terkabul dengan kecurian itu? Atau adakah Ali akan bersifat jujur dengan memberitahu perkara sebenar? Dapatkan jawapannya di panggung kelak.

TRAILER KARIPAP-KARIPAP CINTA

Karipap Cinta_2

Karipap Cinta_3

Karipap Cinta_4

Karipap Cinta_5

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AirAsia Support ASEAN Youth Caravan of Goodwill

Profile Amir Luqman Pereka Fesyen Rossa