in ,

Filem J2: J RETRIBUSI Tembusi Pasaran Brunei

J2: J Retribusi kini tembusi Brunei! Sejarah buat filem aksi pertama Malaysia tahun ini apabila berjaya menembusi pasaran Brunei. Filem yang telah ditayangkan di platform penstriman Disney+ Hotstar ini akan menemui peminat di pawagam Brunei pada hari ini (24 Jun 2021).

Menurut Dato’ Khairul Anwar Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad & Primeworks Studios, “Industri filem dan pawagam kini berhadapan dengan cabaran paling getir di kala pandemik COVID-19 masih berleluasa. Ia penting untuk kami menyusun strategi dan mencari peluang untuk terus berhubung dengan penonton kami, sama ada di dalam mahu pun luar negara. Tayangan J2: J Retribusi  dimulakan menerusi pelantar penstriman Disney+ Hotstar Malaysia pada 1 Jun 2021 lalu dan di Indonesia pada 2 Julai 2021. Kini, Brunei merupakan negara pertama yang menayangkan J2: J Retribusi  di 8 buah pawagam di sana. Kami amat teruja dengan kolaborasi strategik ini dan mengharapkan sambutan yang positif daripada kalangan peminat filem aksi di situ.”

J2: J Retribusi merupakan sekuel kepada filem J Revolusi yang ditayangkan pada tahun 2017. Ia menampilkan dua pengarah berpengalaman dalam filem-filem aksi iaitu Nazrul Asraff Mahzan dan Nazim Shah dengan gandingan bersama penulis skrip hebat iaitu Alfie Palermo, Azhar Amirulhisyam dan Anwari Ashraf serta barisan pelakon tanah air yang popular, Zul Ariffin, Amelia Henderson, Allahyarham Ashraf Sinclair, Datuk Rosyam Nor, Ainin Batrisya dan Chen YiMing, seorang pelakon dari China. Sudah pasti gandingan mantap ini bakal mencipta fenomena tersendiri dalam kalangan peminat filem aksi di Brunei

Filem J2: J Retribusi Tembusi Pasaran Brunei

Filem ini mengisahkan Jay Zulkarnain (Zul Ariffin), seorang bekas ketua pegawai Unit Tindakhas(UTK) yang kini menjadi pengawal peribadi kepada usahawan terkenal Dato’ Hashim (Rosyam Nor), melawan masa untuk menyelamatkan beliau dan anaknya Nadi (Ainin Batrisya), dari sekumpulan penjenayah yang diketuai oleh Taufiq (Allahyarham Ashraf Sinclair). Jay, menjadi harapan mereka untuk menentang penjenayah bersama Chang (Chen YiMing) yang juga merupakan pengawal peribadi dengan pengurus hotel, Amy (Amelia Henderson) untuk memastikan semua tebusan dalam keadaan selamat.

Penggambaran J2: J Retribusi  telah dijalankan pada tahun 2019 di Johor Bahru, Johor. Ini merupakan gandingan pertama bagi Zul Ariffin dan Allahyarham Ashraf Sinclair, masing-masing memegang watak utama dan antagonis. Komitmen dan lakonan mantap Allahyarham dalam filem terakhirnya pasti tidak mengecewakan peminat. Menariknya filem ini menyaksikan Zul Ariffin dan Allahyarham Ashraf Sinclair telah melakukan sendiri aksi lagak ngeri seperti membawa sendiri bot untuk babak penting dalam filem ini. Komitmen dan fokus yang diberikan oleh kedua-dua pelakon hebat ini membuatkan filem ini lebih padat, seiring dengan filem antarabangsa. 

Filem J2: J Retribusi Tembusi Pasaran Brunei

J2: J Retribusi merupakan arahan pertama bagi kedua-dua pengarah, Nasrul Ashraff Mahzan dan Nazim Shah yang sangat berpengalaman dalam industri produksi filem. Nasrul Ashraff Mahzan yang juga dikenali sebagai ‘Uncle’ mempunyai pengalaman yang luas dari segi penataan seni filem-filem blockbuster Malaysia.

Antaranya adalah J2: J Retribusi, Sangkar, Polis Evo 1 & 2, Bikers Kental 2 dan Tombiruo. Nazim Shah penerima Anugerah Penyunting Terbaik Filem J Revolusi di Festival Filem Malaysia pada 2017 dan juga penyunting bagi filem J2: J Retribusi. Beliau juga telah menyunting filem pecah panggung seperti Polis Evo, Polis Evo 2 dan Tombiruo.

Sejak ditayangkan di platform penstriman Disney+ Hotstar Malaysia, filem ini mendapat sambutan yang amat memberangsangkan. Menerusi tinjauan di media sosial, rata-ratanya menyukai jalan penceritaan dan juga koreografi pertarungan yang padat dapat ditonjolkan di dalam filem ini setanding dengan filem luar negara.

Filem J2: J Retribusi Tembusi Pasaran Brunei

Filem wajib tonton ini juga mendapat bimbingan dari (Caspar) Keung Kam-Kui yang merupakan pengarah aksi dan juga sebagai koreografer pertarungan dari negara Hong Kong. Beliau terkenal dengan kerja-kerja koreografi yang sangat tajam dan ‘camerawork’ yang sangat mengagumkan. Antara filem luar negara yang mendapat sentuhan beliau adalah Coweb (2009), The Legend Is Born – Ip Man (2010) and Trivisa (2016).

Peminat juga pastinya akan terhibur dengan runut bunyi yang bertajuk Ralit, sebuah lagu rap yang dinyanyikan oleh Tuju dan menampilkan Malik Abdullah yang disunting sebagai lagu tema filem aksi J2: J Retribusi. Bukan sekadar rap, Tuju memiliki vokal nyanyian yang cukup mengagumkan dengan tona suara serak Manakala, Malik dengan pesona tersendiri dalam menghidupkan sesebuah lagu.

Ralit mendapat sentuhan gubahan dari komposer muda Ming dan Wolfy, sebuah lagu sangat jelas dan memiliki kekuatan baik dari segi melodi dan juga liriknya di mana ianya sangat bertepatan dengan konsep film yang padat dengan aksi. Video muzik Ralit boleh ditonton di YouTube TV3 Malaysia dan boleh didengarkan di Spotify, Apple Music, Deezer, Joox, KKBox, YouTube Music dan iTunes.

J2: J RETRIBUSI akan ditayangkan di pawagam-pawagam Brunei seperti berikut:

  • The Mall Cineplex, Gadong
  • Times Cineplex, Times Square                           
  • Times Cineplex, Tutong                                     
  • Times Cineplex, Kuala Belait                              
  • Times Cineplex, Empire                                     
  • One Cineplex                                        
  • Aman Hills
  • The Grandstand Cinema

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Aprena Manrose 2020 | 23

Selepas Elizad, Giliran Aprena Manrose Pula Disoal Tentang Zuriat

Saapu | 24

Masalah Bintik Hitam di Kulit, Kini Dah Dapat Diatasi dengan SAAPU!