in

Filem Hantu Kapcai Dilancarkan KRU Studios Perkenal Showbiz

BILA MAT REMPIT MATI JADI… HANTU KAPCAI

Pada 11 September lalu, United Studios Sdn BHd (anak syarikat milik penuh KRU Malaysia Sdn Bhd.) mengumumkan filem terbaru edarannya berjudul “Hantu Kapcai” yang bakal berada di pawagam-pawagam di Malaysia dan Brunei mulai 27hb September 2012.

Filem aksi komedi arahan Ghaz Abu Bakar ini menampilkan barisan pelakon tersohor tanahair termasuk Zizan Razak (sebagai peneraju utama), Remy Ishak, Fizz Fairus, Neelofa, Izzue Islam, Hairulazreen, Dian P Ramlee, Riz Amin dan ramai lagi.

Di pelancaran filem yang diadakan di Cathay Cineleisure ini, turut mengundang media untuk menonton Di Sebalik Tabir Pembikinan Filem Hantu Kapcai.

Menurut Jaja Nadzir selaku penerbit filem “Hantu Kapcai”, walaupun filem ini berkisar tentang seorang mat rempit yang mati ketika terlibat di dalam lumba haram, banyak mesej positif yang tersirat yang boleh diambil sebagai pengajaran di sebalik berhibur dengan lawak jenaka yang pasti mencuit hati.

Video Sekitar Pelancaran Filem Hantu Kapcai

Lawak Zizan di Pelancaran Filem Hantu Kapcai

Video: Apa Kata Norman KRU:

Video: Apa Kata Ghaz Abu Bakar:

“Filem ini berjiwa rakyat yang pasti menarik minat generasi muda. Dengan gabungan mantap Zizan Razak, Remy Ishak dan pelakon-pelakon lain, pihak kami juga amat berpuas hati dengan arahan Ghaz Abu Bakar yang sebelum ini cukup dikenali dengan telemovie aliran baru serta video muzik artis-artis terkenal seperti Dato’ Siti Nurhaliza, Alyah, Stacy dan ramai lagi” ujar Jaja lagi.

Menurut Ghaz, “Hantu Kapcai merupakan pengalaman berharga saya dalam industri perfileman. Dari lensa seorang pengarah, saya menyampaikan penceritaan filem ini melalui pendekatan cerita rakyat Malaysia dengan sentuhan antarabangsa. 10 tahun akan dating, bila saya melihat semula filem ini, saya tetap akan berbangga dengan filem yang menghiburkan ini.”

Hantu Kapcai mengisahkan tentang Ajib (lakonan ZIzan Razak), seorang mat rempit yang kesempitan wang terjebak dalam perlumbaan haram dengan musuh ketatnya, Tiger (lakonan Remy Ishak demi memenangi wang pertaruhan. Bagi memastikan kemenangan berpihak kepadanya , Tiger mensabotaj perlumbaan itu sehingga menyebabkan kemalangan ngeri yang mengorbankan nyawa Ajib. Ajib kini menjadi hantu dan hanya mampu dilihat oleh calon Imam Muda di kampungnya iaitu Ibrahim (lakonan Fizz Fairuz). Ibrahim terpaksa mencari jalan untuk meyakinkan keluarga AJib dan memberi semangat kepada Akim (adik kepada Ajin; lakonan Hairulazreen) untuk menuntut bela di atas kematian abangnya, sekaligus menebus hutang Ajib.

Norman Abdul Halim, selaku Presiden Eksekutif Kumpulan Syarikat KRU mengumumkan bahawa selain “Hantu Kapcai”, Showbiz Production kini mempunyai 4 lagi buah filem yang sudah tamat penggambaran dan bakal diedarkan melalui United Studios.

Untuk maklumat lanjut mengenai “Hantu Kapcai”, sila saksikan treler “Hantu Kapcai” di YouTube atau like Facebook www.facebook.com/hantu.kapcai

Sorry, bukan prebiu filem tapi Pelancaran Filem Hantu Kapcai. Huhu

Pelancaran Filem Hantu Kapcai @zizanrazak869 @fizzfairuz

Poster Hantu Kapcai

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Tiz Zaqyah di Pelancaran Duta Terbaru Produk MAY

Kereta Zed Zaidi Kena Curi