in ,

Filem Hantu Bonceng Kutip RM1.78 Juta

Hantu Bonceng Cipta Sejarah Kutip RM1.78 Juta

Filem Hantu Bonceng, terbitan Excellent Pictures mencipta sejarah dengan kutipan tiket terbesar musim perayaan apabila mendapat RM 1.78 Juta untuk dua hari tayangan bermula 31 Ogos yang lalu.

Hantu Bonceng yang diarahkan oleh Ahmad idham ditayangkan di 80 panggung, serentak di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei, dibintangi oleh Zizan Razak, Juliana Evans, Jue Aziz, Dottie dan Tai, mendapat sambutan cukup mengalakkan apabila hampir 200 000 ( Dua ratus ribu ) orang telah menonton dalam tempoh dua hari tayangan sahaja.

Atas sambutan yang cukup hebat ini, Ahmad Idham Ahmad Nadzri, selaku pengarah dan penerbit berkata, “Semua ini dapat dicapai atas kerjasama semua pelakon yang terbabit dalam membantu mempromosikan filem ini. Selain itu, sokongan dari pihak media, cetak dan elektronik serta media baru dalam menyebarluaskan mengenai Hantu Bonceng, amat saya hargai. Namun yang penting, sokongan peminat yang sudi menonton Hantu Bonceng dalam merealisasikan sambutan mengalakkan ini, amat dihargai dan didahulukan ucapan jutaan terima kasih.”

“Selain itu, saya mengharap sokongan peminat Zizan Razak dan pelakon lain, juga yang meminati hasil filem Excellent Pictures agar beramai- ramai meneruskan sokongan dengan menonton Hantu Bonceng, bagi melakar satu sejarah baru perfileman tanahair dapat dicipta,” tambah Idham lagi.

Atas sambutan cukup mengalakkan, penonton dinasihati membuat tempahan awal melalui telefon juga dalam talian. Mula ditayangkan pada sambutan Aidilfitri 2011, Hantu Bonceng akan ditayangkan selama dua minggu, berdasarkan tempoh wajib tayang.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Teater Bawa Isu Pembuangan Bayi

Selebriti Popular dalam Ada Bran?