in , ,

Filem Dokumentari Siti Nurhaliza Bakal Ditayangkan di Saluran Astro First!

Sitizoners dan seluruh peminat Dato’ Seri Siti Nurhaliza pastinya gembira dengan khabar berita baru di mana tayangan filem dokumentari berjudul Siti: Are You Ready? akan ditayangkan di saluran Astro First bermula 30 Disember ini.

Dokumentari ini adalah mengisahkan tentang konsert berskala mega yang diadakan pada tahun 2019 iaitu Siti Nurhaliza On Tour (SNOT) yang diadakan di tiga buah negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura. 

“Secara jujur, saya memang tidak sabar menayangkan filem dokumentari ini kerana sepanjang suku abad berada dalam industri belum pernah lagi saya berkongsi kisah benar yang terjadi sepanjang melakukan persiapan mengadakan konsert SNOT ini.

“Walaupun terpaksa menunggu selama dua tahun, namun, saya percaya ini adalah waktu terbaik yang sudah ditentukan untuk filem ini menemui khalayak,” jelas penyanyi tersohor ini.

Filem Dokumentari Siti Nurhaliza Bakal Ditayangkan di Saluran Astro First!

Pengumuman mengenai tayangan filem dokumentari ini diadakan di aplikasi Tiktok pada 17 Disember 2021.  Selain itu, penonton turut berpeluang untuk menonton konsert Siti Nurhaliza On Tour sejurus selepas menonton filem dokumentari itu.

Filem dokumentari ini yang berdurasi 80 minit memberikan banyak momen menarik yang dirakan dan disimpan sebgai kenangan buat penyanyi ini dan juga para peminat. 

“Semua yang dipaparkan dalam filem dokumentari ini adalah situasi sebenar, bukannya lakonan. Banyak juga keringat dan air mata yang tumpah ketika menganjurkan konsert SNOT ini.

https://flic.kr/p/2mT6Yd2

“Selama ini peminat hanya melihat saya berada atas pentas membuat persembahan. Apa yang mereka tidak tahu adalah persediaan perlu dilakukan oleh pasukan kerja dan produksi sebelum sesebuah konsert itu dianjurkan.

“Turut dipaparkan sesi latihan dengan pemuzik, penari dan mereka yang terbabit. Lebih istimewa, filem ini turut memaparkan apa yang terjadi sepanjang penganjuran konsert SNOT di tiga negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia,” ujar ibu kepada sepasang cahaya mata ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tahniah! Muhammad Shauqi Danial Berjaya Dijulang Sebagai Juara The Audition 2021

SAJAT

Meskipun Terpisah Jauh, Ini Kata-Kata Semangat Sajat Untuk Anak-Anak