in ,

Filem DISNEY’S MULAN Ditangguhkan, Bakal Ditayangkan Mulai 20 Ogos 2020

Dibintangi pelakon terkenal Liu Yifei sebagai Fa Mulan, filem keluaran Walt Disney Pictures yang dijadualkan untuk tayangan pada 27 Mac lalu ini ditunda ke 20 Ogos 2020.

Filem Disney’s Mulan terpaksa ditangguhkan tarikh tayangan, sepatutnya ditayangkan pada bulan Julai tapi di atas sebab tertentu, filem aksi ini dikhabarkan akan ditayangkan mulai 20 Ogos 2020 di seluruh Malaysia. Filem ini merupakan sebuah filem animasi klasik yang disasar Disney untuk dijadikan filem live-action. Adaptasi ini sangat ditunggu oleh peminat. Tak hairan kejayaan animasi ini pernah menjadi box-office satu ketika dulu.

Animasi yang cukup sukses sekitar tahun 1998 ini menjadi salah satu yang paling menarik untuk diadaptasi, terutama sebab latar belakang budaya Asianya yang agak unik.

Filem MULAN

Filem ini diarahkan oleh Niki Caro yang sebelumnya pernah menggarap filem Whale Rider, filem yang agak lebih kurang sama dengan tema filem Mulan. Dalam Mulan, membariskan pelakon lain yang tak kurang hebatnya iaitu Jet Li sebagai Kaisar, Donnie Yen sebagai guru Mulan, dan Gong Li sebagai musuh. 

Disney's Mulan

Filem: Mulan

Genre: Aksi, pengembaraan, drama

Pengarah: Niki Caro

Pelakon: Yifei Liu, Donnie Yen, Jet Li, Gong Li, Jason Scott Lee dan Nelson Lee

Mulan adalah animasi popular Disney yang mengangkat kisah perjuangan seorang gadis yang sanggup berkorban demi keluarga tercinta.

Pada 1998, Mulan pernah difilemkan dan mendapat sambutan hangat di seluruh dunia dan mencatat kutipan pecah panggung.

Selepas 20 tahun berlalu, karya yang diadaptasi daripada animasi klasik ini akan ditayangkan di pawagam pada Mac nanti. Ikuti kisah Mulan dalam usaha menyelamatkan maruah keluarga dan tanah airnya.

What do you think?

24 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Aishah Lepas Gian Menyanyi, Tiga Bulan Terperap di Rumah

Pra-Tempahan Album Siti Nurhaliza ManifestaSITI2020 Bermula Hari Ini