in

Filem Budak Lapok di RTM Cuti Sekolah Ini

Cuti penggal persekolahan yang diraikan pelajar-pelajar sekolah pertengahan Mac ini turut sama ingin dikongsi Radio Televisyen Malaysia (RTM) dengan menghidangkan filem terbitan Metrowealth Movies Production Sdn Bhd yang menampilkan tiga karakter handalan yang dikenang sehingga kini melibatkan seniman Ramlee, Ajis dan Sudin.

Dengan kos pembikinan RM2.589 juta, Budak Lapok bukan sahaja sesuai ditonton oleh kanak-kanak tapi seisi keluarga kerana ia ada mesej yang ingin disampaikan selain menghiburkan.

4426533180 6449C0C17C O | 4

Filem animasi arahan Anwardi Jamil merupakan filem yang diinspirasikan daripada alam kehidupan P. Ramlee ini bakal menemui penonton pada 19 Mac 2010 (Jumaat), jam 12.30 tengah hari di TV2.

Walaupun hanya dihasilkan dalam bentuk animasi atau fiksyen, Budak Lapok tetap menjadi sebuah filem kelakar dengan jalan cerita yang menyeronokkan apatahlagi ia boleh juga dianggap sebagai satu hadiah atau ‘tribute’ untuk seniman legenda kita, Tan Sri P Ramlee, Datuk Aziz Sattar dan S Samsuddin serta warga filem terdahulu.
Menerusi Budak Lapok, tiga watak utamanya berkisar kepada kisah Ramlee, Sudin dan Ajis. Disebabkan ia dalam versi animasi, cerita dalam filem ini berkisar kepada sudut pandangan zaman kanak-kanak. Watak lain dalam filem ini ialah Pendekar Mustarjo, Saripdol, Eton, Salmah, Nani, Brahim, Cikgu Rokiah, Ros dan Ahmad Nesfu. Turut digunakan ialah nama Semerah Padi, kampung Sebatang Pinang (versi asal Pinang Sebatang dari filem Pendekar Bujang Lapok).

Antara bintang yang menyumbangkan suara bagi menghidupkan watak dalam Budak Lapok ialah Aziz Sattar sendiri, S Samsudin, Nasir P Ramlee, Dian P Ramlee, Maizurah Hamzah, Jalil Hamid, Vanidah Imran, Isma Aliff, Abon, Sabri Yunos, Eric Fuzi dan Sathiya.

4426533456 A668486764 O | 5

Budak Lapok merupakan imbasan kepada filem-filem nostalgia komedi P.Ramlee, Aziz Sattar dan S.Shamsuddin. Filem bermula apabila tiga anak muda Ramlee, Ajis dan Sudin yang telah menjadi kawan akrab yang tinggal di kampung Sebatang Pinang. Ketiga-tiga rakan karib itu telah menyertai pertandingan bola sepak mewakili kampung mereka dengan Kampung Semerah Padi diwakili oleh Sarip Dol, Megat Komeng dan Brahim.

Dalam masa yang sama mereka cuba memikat hati tiga orang anak gadis Nani, Salmah dan Eton dengan menyertai pertandingan. Drama antara sekolah-sekolah walaupun Ajis dan Sudin gerun dengan berada di atas pentas berhadapan dengan orang ramai. Keadaan bertambah rumit apabila kedua-dua pertandingan itu jatuh pada hari yang sama Mereka terpaksa memikirkan cara terbaik supaya boleh berada di dua tempat pada masa yang sama.

Kepada peminat filem-filem lagenda Tan Sri P.Ramlee yang ingin mengetahui sudut pandang dua teman baiknya dalam industri lakonan, usah ketinggalan menyaksikan filem animasi menarik Budak Lapok ini pada 19 Mac 2010 (Jumaat), jam 12.30 tengah hari di TV2.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ceriakan Cuti Sekolah di Program TV3

Jom Sertai Make The Official Video