in ,

Filem Boboiboy The Movie 2 Bakal Menemui Penonton Mulai 8 Ogos 2019

Setelah mencatat kejayaan yang sangat memberangsangkan untuk filem pertama, Boboiboy The Movie 2 mencatat sejarah tersendiri apabila bakal ditayangkan di 500 buah pawagam di lima buah negara pada 8 Ogos ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Animonsta Studios, Nizam Abd Razak berkata, pihaknya sangat gembira memandangkan ini kali pertama sebuah filem animasi tempatan akan tayang di lima buah negara menerusi 500 buah pawagam secara serentak.

Filem Boboiboy The Movie 2

“Pihak Animonsta Studios juga rasa teruja kerana ini adalah kali pertama dapat bekerjasama dengan Astro Shaw dan sudah lama kami ingin menjalinkan kerjasama bersama mereka.

“Kami berharap agar kerjasama ini dapat memberi impak yang positif kepada kedua-dua belah pihak, sekaligus mampu membawa filem ini ke peringat lebih tinggi serta setanding filem animasi antarabangsa,”

– Nizam Abd Razak

Filem animasi tersebut yang pernah meraih kutipan sebanyak RM18 juta sebelum ini akan ditayangkan di lima buah negara iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei dan Vietnam.

Untuk filem Boboiboy The Movie 2 pula, ia dihasilkan selama 12 bulan dengan membabitkan kos produksi keseluruhan sebanyak RM7 juta.

Sementara itu, Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Arshad menyatakan faktor kerjasama tersebut dijalinkan memandangkan ia antara filem animasi yang sangat dinantikan pada tahun ini.

Turut bekerjasama dengan Astro Shaw, filem menelan kos RM7 juta berkenaan bakal mengambil pendekatan promosi berbeza kali ini.

“Sudah tentu kami sangat berbesar hati apabila pihak Animonsta Studios memberi sepenuh kepercayaan kepada pihak Astro Shaw untuk menjalankan kerja-kerja promosi dan pengedaran.

“Kami akan mencari rangkaian terbaik di setiap negara lain untuk bekerjasama dalam promosi filem berkenaan.

Kami berharap filem ini akan meluas ke seluruh Asia dan seluruh dunia juga,” 

“Untuk filem ini, pihak kami akan merancang promosi secara agresif menerusi platform yang bersesuaian dan akan membuat siri jelajah di seluruh negara,”

– Nizam Abd Razak

Nizam turut mendedahkan proses pembikinan filem kedua itu dibuat lebih pantas dan mengambil masa setahun untuk disiapkan. Dia tidak menafikan memang wujud tekanan sewaktu proses pembikinannya.

Penyanyi Faizal Tahir turut dipilih menyanyikan lagu tema BoBoiBoy 2 berjudul Fire & Water yang sarat dengan mesej positif dan nilai murni, sesuai untuk kanak-kanak terutamanya.

Sinopsis Filem Boboiboy The Movie 2

Kali ini BoBoiBoy menentang satu kuasa kuno digelar Retak`ka yang mahu merampas elemen kuasa BoBoiBoy. Dia dan rakan-rakannya perlu menghalang musuh misteri terbaru mereka itu daripada meneruskan rancangan jahatnya.

Bahasa: Melayu
Sarikata: Inggeris / Cina
Klasifikasi: U  
Tarikh Tayangan: 8 Ogos 2019
Genre: Animasi
Durasi: 1 Jam 50 Minit
Pengedar: Astro Shaw
Pelakon: Nur Fathiah Diaz, Fadzli Mohd Rawi, Dzubir Mohammed Zakaria, Wong Wai Kay, Nur Sarah Alisya Zainal Rashid, Yap Ee Jean
Pengarah: Nizam Abdul Razak
Format: 2D

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

“Saya Terima Apa Sahaja Keputusan Mahkamah,” – Fizo Omar

Fatin Afeefa Kantoi Masih Layan Suami Orang? Baca Pendedahan Si Isteri