in ,

Filem BLOOD DIAMOND Lakonan Leonardo DiCaprio

Kisah seorang nelayan, penyeludup dan sindiket ahli perniagaan cuba untuk memiliki berlian yang tidak ternilai harganya melatari filem Inggeris hebat, “Blood Diamond” yang menampilkan aktor terkenal Leonardo DiCaprio sebagai pelakon utama membawakan watak Danny Archer.

Disiarkan pada 19 September ini, pukul 9.30 malam di TV2, filem arahan Edward Zwick sekitar tahun 2006 ini turut mengetengahkan barisan pelakon seperti Djimon Hounsou sebagai Solomon Vandy, Jennifer Connell (Maddy Bowen), Kagiso Kuypers (Dia Vandy), Arnold Vosloo (Colonel Coetzee) dan Antony Coleman (Cordell Brown).

babak dalam filem Blood Diamond

Filem Blood Diamond Lakonan Leonardo DiCaprio di TV2

Ia membawakan kisah berlaku pada tahun 1999, di Sierra Leone, seorang nelayan dikenali Solomon Vandy telah bermimpi anak lelakinya yang paling muda iaitu Dia Vandy bakal menjadi seorang doktor. Impiannya berkecai apabila pemberontak menyerang kampung dan menculik dia untuk bekerja di lombong berlian.

Di sana tanpa diduga, Solomon telah menemui berlian merah jambu yang besar dan semasa ia bersembunyi, komandan pemberontak telah terlihat kelibatnya. Tetapi pemberontak tersebut yang kurang bernasib baik telah diserang dan Salomon ditangkap oleh tentera kerajaan.

Ketika di penjara, komandan yang cedera memberitahu tahanan bahawa Salomon telah menjumpai batu itu dan penyeludup upahan Danny Archer dari Zimbabwe melepaskan Salomon. Namun dia sebenarnya mempunyai perancangan lain iaitu untuk bertukar berlian dengan ahli keluarganya yang telah hilang.

Menggunakan idea bernas seorang wartawan Amerika iaitu Maddy Bowen, Danny menempatkan isteri dan anak-anak perempuan Salomon di sebuah kem pelarian, tetapi dia menipu Solomon mengatakan bahawa anaknya telah direkrut oleh pemberontak.

Salomon dan Danny akhirnya berjaya untuk mencapai kata sepakat. Mereka setuju bekerjasama dan membantu antara satu sama lain. Pada masa yang sama, Salomon menggiatkan usaha mencari anaknya manakala Danny pula mencuba pelbagai dan cara mencari berlian untuk ditebus.

Justeru usah ketinggalan menyaksikan filem hebat penuh aksi ini di TV2.

poster blood diamond

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Da’i Adneen Tersingkir di Minggu Kesembilan Da’i Pendakwah Nusantara Musim Ke-5

Sinopsis Teater BAHARA EMAS