in , ,

Filem Balada Pencinta Lakonan Siti Saleha & Johan As’ari

Alunan irama cinta akan berkumandangan mulai 24 Oktober ini dengan filem nantian ramai keluaran Grand Brilliance, Balada Pencinta yang dibarisi pelakon-pelakon handalan industri termasuk Johan As’ari, Siti Saleha, Sein Hussein, Azhan Rani, Norisz Ismail, Miera Liyana, Iedil Putra, dan penampilan khas Faizal Hussein.

Balada Pencinta Mengalun 24 Oktober Ini

[dropcap]F[/dropcap]ilem bergenre romantis ini merupakan filem kedua arahan Khir Rahman selepas filem pertama beliau, ..Dalam Botol yang telah diterima baik oleh rata rata pengkritik filem tempatan.

“Saya bersyukur dengan kepercayaan yang diberi oleh Tengku Iesta Tengku Alaudin dan Grand Brilliance dalam memberi peluang buat saya untuk meneruskan usaha belajar dan menyelami ilmu pengarahan filem. Saya telah lakukan yang terhabis baik untuk filem ini dan harapan saya buat masa ini adalah hanya untuk ia diterima oleh penggemar dan pengkritik filem di luar sana.”

Filem yang siap penggambarannya pada Julai 2012 akan membawa penonton menyingkap hidup seorang busker jalanan, Amir (Johan As’ari) yang pernah melalui zaman gelap sebagai salah seorang ahli kumpulan gangster. Pertemuan Amir dengan Aishah (Siti Saleha), menjadi titik permulaan bagi Amir untuk berubah dan mencari jalan kehidupan yang lebih baik.

Namun cinta yang disemai tidak dapat mengubah hakikat yang Amir dan Aishah berlainan darjat, sekaligus membawa kita mengenali Boy (Sein Hussein), tunangan Aishah yang telah ditentukan oleh keluarganya. Walau dianggap sebagai pasangan yang sama cantik dan kaya, tetap tidak merubah perasaan Aishah terhadap Amir.

Tengku Iesta Tengku Alaudin, selaku Pengurus Besar Grand Brilliance ketika ditanya akan sebab Balada Pencinta setuju diterbitkan oleh syarikat perfileman gergasi tersebut berkata:

“Saya percaya penonton kita perlu disajikan dengan kepelbagaian. Genre-genre filem yang dikeluarkan haruslah melalui perubahan dan dengan prinsip itulah kami di Grand Brilliance cuba untuk membawa pembaharuan kepada setiap filem kami. Dengan itulah kami menerbitkan filem Balada Pencinta.”

Padat dengan lakonan mantap dan dendangan lagu-lagu merdu baru dan lama, filem ini dijangka dapat menghilangkan dahaga penonton tempatan yang merindukan filem-filem yang romantis dan membelai jiwa. Khir turut menulis 2 buah lagu baru yang bertajuk “Terima Kasih Aishah” dan “Nanti” yang diilhamkan dari filem ini.

Untuk maklumat lanjut, serta info dan gambar eksklusif di balik tabir filem ini, sila layari www.facebook.com/BaladaPencinta atau follow @grandbrilliance di Twitter dan Instagram rasmi mereka.

Antara barisan filem-filem lain Grand Brilliance yang bakal menemui anda pada 2013 adalah Penanggal (28 November) dan pada 2014 Pengapit, Sejoli, Gila Baby, Mamak Cupcake, Lebuhraya Ke Neraka, Tujuh, Showdown dan Anak Jantan yang dijangka bakal memecah rekod industri perfileman tanah air.

Balada Pencinta Poster

BALADA PENCINTA
Oleh Khir Rahman

BARISAN PELAKON
Amir Johan Asa’ri
Aisyah Siti Saleha
Boy Sein Ruffedge
DIBANTU OLEH
Sufi Iedil Putra
Ayu Miera Liyana
Majid Azhan Rani
Wati Norish Ismail
Jenal Ngasrizal Ngasri

PENAMPILAN KHAS
Faizal Hussein
Dato Jalaluddin Hassan
Dian P.Ramlee

TENAGA PRODUKSI
PENGARAH Khir Rahman
PENOLONG PENGARAH 1 Abdul Rahim Zali
PENOLONG PENGARAH 2 Shamsul Akmal @ Sime
PENGURUS PRODUKSI / LOKASI Zubir Ishak @ Habeb
PENOLONG PENGURUS PRODUKSI 1 Mohd Shahidan Hassan
PENOLONG PENGURUS PRODUKSI 2 Mazlan Zakaria
PENGARAH SINEMATOGRAFI Azri Izhar
PENOLONG JURUKAMERA 1 Mohd Noor Hussin
VTR OPERATOR Darul Izham
GAFFER Ridzwan Othman
BEST BOY GAFFER Yusli Othman
FOCUS PULLER Md Nor Azam Ali
SPARK Sharul Nazri Ramli
KEY GRIP Yuzeimi Mohd Yusof
BEST BOY GRIP Mohd Zhafar Saparuddin
GRIP Muhammad Fauzi Johari
KHIDMAT PASCA AUDIO Direct Audio Studio
PERAKAM BUNYI Fazly Radzi
OPERATOR BOOM Mohd Fizry Radzi
PENGARAH SENI Paul Hasham
ART KOORDINATOR Diane Au
PROPMASTER Ayie
PROPMAN1 Rahimi
PROPMAN 2 Shamsul
KESINAMBUNGAN Darul Idzham
CLAPPER Ahmad Fadhli Hasmi

PENATA BUSANA Siti Sarah Muhamad Radzi
SOLEKAN DAN DANDANAN Lily Nordin
PEMBANTU SOLEKAN Masyi Salleh
DAN DANDANAN 1

PEMBANTU SOLEKAN Nurul Ain Kamarul Bahrin
DAN DANDANAN 2

PENGARAH TEKNIKAL VFX / CGI ARTIS Mohd Sufiennaz
PENGARAH KREATIF VFX / KOMPOSITOR Emir Ezwan

PENGARAH KOREOGRAFI AKSI Ashay Arya
PEMBANTU KOREOGRAFI Aryan Farivar
KOREOGRAFI AKSI Azimat Shamsudin
PEMBANTU KOREOGRAFI AKSI 1 Fudal
PEMBANTU KOREOGRAFI AKSI 2 Din Forest Gum
PEMBANTU KOREOGRAFI AKSI 3 Haqim Ismail
PEMBANTU KOREOGRAFI AKSI 4 Deen Arman

PEMANDU LORI GENERATOR Abdullah Timin
PEMANDU LORI GAFFER Ng Chee Hor
PEMANDU LORI GRIP Mohd Irwan Hosen
PEMANDU LORI SOLEKAN & BUSANA Saifunizam Zakaria

KOORDINATOR PELAKON TAMBAHAN Mohd Shahidan Hassan
Mazlan Zakaria

PEMBANTU PRODUKSI 1 Mohd Norhisham Nordin
PEMBANTU PRODUKSI 2 Mohd Farid Mohd Nasir
RUNNER Mohd Saiful Saed
HANDYMAN Noor Azlan Arsad
Hanif Sanordin

PENGARAH PEMBIKINAN SEBALIK TABIR Grand Seven Artistic
JURUKAMERA PEMBIKINAN SEBALIK TABIR Syefful Ezhan Halim
Nurfiza Amillina Hamzah
JURUFOTO Jaafar Majid

OLAHAN DAN LAKON LAYAR Khir Rahman

SINOPSIS

Filem Balada Pencinta membawa penonton menyingkap hidup seorang busker jalanan, Amir yang pernah melalui zaman gelap sebagai salah seorang ahli kumpulan gangster. Pertemuan Amir dengan Aisyah, menjadi titik permulaan bagi Amir untuk berubah dan mencari jalan kehidupan yang lebih baik. Namun cinta yang disemai tidak dapat mengubah hakikat yang Amir dan Aisyah berlainan darjat, sekaligus membawa kita mengenali Boy, tunangan Aisyah yang telah ditentukan oleh keluarganya. Apakah pilihan Aisyah? Keluarga atau cinta?

NOTA PRODUKSI

Krew produksi

Selepas filem ……Dalam Botol, Khir Rahman sekali lagi tampil dengan filem kedua arahannya iaitu filem Balada Pencinta. Filem Balada Pencinta kali ini menyelami pelbagai elemen seperti cinta, status, darjat, keluarga, gangsterisme dan banyak lagi. Khir Rahman merupakan seorang pengarah yang cukup menghargai seni perfileman dan bakal memberikan keunikan dari segi jalan cerita dan juga hasil garapannya. Hasil pengarahan beliau juga mendapat sambutan di luar negara sekali gus membuktikan beliau sebagai seorang pengarah yang cukup berpotensi. Khir Rahman turut meraih pencalonan sebagai Pengarah Harapan Terbaik di Festival Filem Malaysia ke 24 (FFM 24).

Bukan itu sahaja, malahan Khir Rahman juga merupakan seorang penyanyi yang cukup berbakat. Bakat nyanyian beliau ditonjolkan dalam filem Balada Pencinta di mana terdapat dua buah lagu nyanyian beliau sendiri iaitu Terima Kasih Aisyah dan Nanti. Kedua – dua buah lagu ini merupakan ciptaan beliau sendiri dan dihasilkan khas untuk filem Balada Pencinta.

Filem Balada Pencinta boleh dikategorikan kepada pelbagai genre seperti romantik dan aksi dan dijangka akan menarik perhatian ramai penonton berbagai usia. Seluruh krew produksi beliau menjalankan penggambaran filem Balada Pencinta di sekitar Kuala Lumpur.

Jalan Cerita

Amir yang asalnya merupakan salah seorang anggota sebuah kumpulan samseng, kini mula ingin berubah dan mencari erti hidup yang lebih baik. Kesedaran ini timbul apabila ibunya meninggal dunia. Amir mula merasa lebih bertanggungjawab, apatahlagi dia juga mempunyai seorang adik perempuan yang bernama Ayu. Sebagai permulaan, Amir kini memilih untuk menjadi pemuzik jalanan, ini kerana dia sememangnya mempunyai minat yang mendalam terhadap muzik dan nyanyian. Selalunya dia akan menyanyi di sekitar ruang legar Central Market.

Pada suatu hari, Amir di datangi seorang perempuan, Aisyah namanya. Aisyah ingin merapatkan diri dengan Amir kerana dia suka Amir, dan Amir mempunyai ciri perwatakan yang tidak jauh dengan arwah teman lelakinya dahulu. Dari sebuah perkenalan ringkas, hubungan antara mereka berdua menjadi semakin rapat, malah semakin mesra. Mereka mula sedar bahawa mereka saling menyenangi dan telah mula saling menyayangi antara satu sama lain. Mereka bercinta.

Percintaan mereka ini tidak selalu indah. Pada suatu hari Amir di datangi seorang lelaki bernama Anuar, atau lebih di kenali dengan gelaran Boy. Sebenarnya Boy adalah bakal suami Aisyah. Mereka berdua akan dinikahkan tidak lama lagi. Amir menjadi tidak menentu dengan berita yang di terimanya. Boy pula, dengan cara yang baik memohon agar Amir mula menjauhkan diri dengan Aisyah.

Sewaktu berjumpa dengan Aisyah, Amir menceritakan segala yang dia tahu. Aisyah terkejut lalu meminta maaf. Aisyah tahu apa yang dia buat adalah salah. Tapi dia tidak tahu, dia seperti terasa sesuatu apabila terlihat Amir, dia tahu yang dia akan menyukai Amir. Aisyah mendekati Amir kerana mahu meredakan kepiluannya dari kisah lalu, apatah lagi Boy bukanlah menjadi pilihannya, Boy adalah pilihan kedua ibu bapanya.

Amir tidak boleh menerima keadaan ini, kerana dia terlalu menyayangi Aisyah. Amir bermohon agar Aisyah berterus-terang dengan keluarganya yang Aisyah tidak menyukai Boy. Aisyah pula menolak, dia tidak mahu menghampakan ibubapanya, walau hatinya akan tersiksa buat seribu tahun mendatang. Aisyah meminta maaf akan apa yang telah terjadi, lalu meninggalkan Amir dalam kesedihan.

Walau apa sekalipun, Amir tetap berusaha untuk mendapatkan kekasihnya itu. Dugaan demi dugaan diharunginya. Penderitaan Amir bertambah teruk apabila kawan baiknya pula mati akibat dadah. Adiknya Ayu pula telah diculik untuk dijadikan pelacur. Amir harus mengharungi semuanya dengan hati yang tabah.

Pelakon

Pemilihan pelakon dilakukan dengan membentangkan idea mengenai projek ini kepada pelakon yang berpotensi tinggi. Johan Asa’ri dan Siti Saleha dipilih sebagai pelakon utama dan cukup sesuai dengan karakter yang telah diberikan. Antara pelakon – pelakon lain yang turut membintangi filem ini adalah Miera Liyana, Iedil Putra, Sein Ruffedge, Azhan Rani, Norish Ismail, Ngasrizal Ngasri, Faizal Hussein, Dato Jalaluddin Hassan dan Dian P. Ramlee.

TRIVIA

• Johan Asa’ri beli guitar baru semata – mata untuk memenuhi karakter Amir, seorang pemuzik jalanan
• Iedil Putra belajar menunggang motor bagi memenuhi wataknya sebagai Sufi
• Krew produksi terpaksa menunggu 4 jam bagi babak LRT bergerak dua hala
• ‘Mocking’ yang dilakukan khas untuk Malaysia Hari Ini (MHI) telah diambil sebagai salah satu babak sebenar dalam filem Balada Pencinta

RATING

Filem Balada Pencinta diklasifikasikan sebagai filem P13 kerana mengandungi unsur, adegan atau aksi negatif, unsur suspen dan mengejutkan tetapi tidak berlebihan.

DURASI

Durasi bagi filem Balada Pencinta hanyalah selama 93 minit sahaja.

SENARAI LAGU

1) Terima kasih Aisyah
Penyanyi: Khir Rahman
Lirik: Khir Rahman
Gubahan: Khir Rahman

2) Nanti
Penyanyi: Khir Rahman
Lirik: Khir Rahman
Gubahan: Khir Rahman

3) Ratuku
Penyanyi: Awie
Lirik: Awie
Gubahan: Johari Teh
Publisher: Universal Publishing Sdn Bhd

4) Apokalips
Penyanyi: M. Nasir
Lirik: M. Nasir
Gubahan: M. Nasir
Publisher: Luncai Emas Sdn Bhd

5) Jika Kau Bercinta Lagi
Penyanyi: Alleycats
Lirik: M. Nasir
Gubahan: M. Nasir
Publisher: Warner Chappell Music Sdn Bhd

6) Anak Kampung
Penyanyi: Jimmy Palikat

7) Tak Bisa Memilihmu
Penyanyi: Sixth Sense
Publisher: Universal Publishing Sdn Bhd

8) Penakut
Penyanyi: Yuna
Lirik: Yuna
Gubahan: Yuna
Publisher: Yuna Room Records

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Menangi Pass Zone Hotlink Konsert OneRepublic

Penerbit Lina Tan Hidap Kanser Payudara