in ,

Filem BACKSTAGE Bakal Ditayangkan Di Pawagam Mulai 20 Januari Ini

Backstage Gandingan Adik-Beradik Terkenal Vanesha Prescilla & Sissy Prescillia Temui Penonton Di Malaysia 20 Januari Ini Astro Shaw Kembali Tampil Filem Pertama 2022 Kolaborasi Bersama Penerbit Terkemuka Indonesia; ‘Backstage’ Temui Penonton Malaysia

 Penerbit Astro Shaw kembali merancakkan industri perfileman tanah air dengan kemunculan filem pertama di tahun 2022 menerusi drama kekeluargaan, BACKSTAGE! Istimewanya, filem ini adalah hasil kolaborasi strategik julung kali bersama penerbit terkemuka Indonesia, Paragon Pictures dan Ideosource Entertainment serta membabitkan perusahaan teknologi, Endeavor Content; dan informasi, digital dan telekomunikasi, NFC Indonesia. Buat peminat dan penggemar filem, Backstage bakal menemui penonton di seluruh pawagam Malaysia bermula 20 Januari ini. 

Menariknya, Backstage mempertaruhkan gandingan adik-beradik terkenal Indonesia iaitu pelakon dari filem drama romantik no 1 terlaris di Indonesia, Dilan 1990, Vanesha Prescilla dan filem popular Ada Apa Dengan Cinta, Sissy Prescillia. Mereka berdua juga mendapat kepercayaan untuk menyanyikan lagu-lagu di dalam filem. Lagu ‘Melangkah’ menjadi lagu tema utama filem dan ia hasil kolaborasi antara Vanesha, Sissy dengan komposer ternama Indonesia, Andi Rianto dan lirik oleh Monty Tiwa. Selain lagu ‘Melangkah, lagu lain yang turut menghiasi filem adalah ‘Apa Adanya’, ‘Aku Takkan Berhenti’, ‘Seberapa Pantas’, ‘Terbaik Untukmu’, ‘I Remember’, ‘Bagaikan Langit’. 

Filem BACKSTAGE

Selain itu, filem arahan pengarah Guntur Soeharjanto ini turut dibintangi oleh Achmad Megantara, Aulia Sarah, Karina Suwandi, Ferry Salim, Verdi Solaiman, dan Roy Sungkono. Backstage telah ditayangkan di pawagam seluruh Indonesia sejak 30 Disember 2021 sehingga kini. 

Naib Presiden, Perniagaan Melayu Nusantara & Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad melahirkan rasa teruja apabila filem hasil kerjasama bersama penerbit terkemuka Indonesia akhirnya bersedia menemui penonton di Malaysia. “Setelah hampir dua tahun Astro Shaw tidak menampilkan filem di layar lebar, tahun ini kami kembali dengan sebuah filem terbaru, Backstage. Selepas meneliti perkembangan sambutan pawagam di Malaysia yang baru sahaja bermula selepas penutupan di sebabkan pandemik, kami yakin kini adalah masa yang tepat untuk meneruskan momentum positif dan merancakkan lagi perfileman tempatan. Tambahan pula dengan prosedur operasi standard (SOP) terbaru yang membenarkan kedatangan kanak-kanak bersama ibu bapa yang lengkap vaksin untuk menonton bersama, lantas ia menjadi lebih meriah dengan tontonan dari kalangan keluarga.” 

Filem Backstage mempersembahkan jalan cerita yang dekat di hati penonton dengan mengangkat elemen kekeluargaan, pengorbanan dan kesungguhan dalam menggapai impian ini. Ia turut dimantapkan lagi dengan babak-babak muzikal yang memperlihatkan sisi berbeza oleh gandingan julung kali oleh pelakon adik-beradik popular Indonesia, Sissy Prescillia dan Vanesha Prescilla. Kami mengharapkan kehadiran filem Backstage mampu mencetus keterujaan penonton Malaysia dan sekali gus menjadi penanda aras dan menggalakkan lagi penerbit-penerbit tempatan untuk kembali yakin pertaruhkan filem di pawagam,” – ujar Raja Jastina Raja Arshad lagi. 

Filem BACKSTAGE

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif yang juga merangkap Eksekutif Produser Ideosource Entertainment, Andi Boediman berkata “Kami pernah bekerjasama dengan Astro sebelum ini. Menerusi sokongan padu dari pihak Astro terdahulu, ia meyakinkan kami bahawa Astro mempunyai keupayaan dalam menghasilkan konten terbaik, dan jika kami terus berkolaborasi lagi, ia mampu menghasilkan sinergi yang mantap. Kami harap menerusi kerjasama kali ini, ia dapat mengangkat industri filem Indonesia dan Malaysia ke standard yang lebih tinggi dan sekali gus mampu menguasai pasaran Asia. Filem Backstage adalah permulaan buat kami dalam mempersembahkan konten berkualiti kepada penggemar dan penonton filem di Malaysia. Sokongan positif anda pasti akan menyuntik lagi semangat buat kami dalam menerbitkan filem terbaik yang memenuhi cita rasa penonton di sana.” 

Manakala Penerbit Paragon Pictures, Robert Ronny berkata ” Kami rasa sangat teruja filem Backstage akan ditayangkan di Malaysia kerana kerana kami percaya karya-karya dari Indonesia mempunyai peminat tersendiri di sana. Filem Backstage begitu istimewa di hati saya kerana Backstage adalah idea asal daripada saya dan saya turut terlibat dalam penghasilan skrip. Saya berharap penonton di Malaysia dapat menerima dan terhibur dengan filem ini seperti mana kami teruja menghasilkannya. Jadi saya menyeru penonton di Malaysia agar menonton bersama keluarga anda di pawagam berhampiran dan saksikan penampilan pertama gandingan oleh Vanesha dan Sissy di dalam filem. Mereka adalah adik-beradik popular dan di dalam filem ini juga mereka membawakan watak sebagai adik-beradik dengan ‘chemistry’ yang mampu meninggalkan kesan. Malah, Backstage juga mempertaruhkan elemen muzikal dengan drama realiti yang mana ia jarang diketengahkan menerusi filem-filem di Indonesia mahu pun di Malaysia. Sementara itu, menerusi kolaborasi bersama Astro, kami berharap dapat bekerjasama lagi dengan pihak Astro di masa hadapan dalam menghasilkan lebih banyak filem yang mengangkat elemen serumpun dan jalan cerita yang dekat dengan penonton di Malaysia serta Indonesia.” 

Nantika Filem Backstage yang akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 20 Januari 2022. Ikuti perkembangan dan info tentang filem Backstage menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Gempak dan Astro Shaw. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pandemik 2021: RichWorks Komited Bantu 605,000 Usahawan Bangkit Semula

FML

FML Pecah Tradisi, Kolaborasi Dengan Rapper Vietnam