in , ,

Filem BACKSTAGE Bakal Ditayangkan di Pawagam Indonesia Bermula 30 Disember Ini

Paragon Pictures & Ideosource Entertainment Tampilkan Treler dan Poster Rasmi Backstage. Filem ‘Backstage’, Merupakan Kolaborasi Astro Shaw Dengan Penerbit Terkemuka Indonesia, Bersedia Ditayangkan Di Pawagam Indonesia Bermula 30 Disember 2021.

Setelah tertunda lebih dari satu tahun rentetan pandemik Covid-19, filem Backstage yang merupakan kolaborasi Astro Shaw bersama penerbit terkemuka Indonesia, Paragon Pictures dan Ideosource Entertainment serta membabitkan perusahaan teknologi, Endeavor Content; dan informasi, digital dan telekomunikasi, NFC Indonesia, akhirnya bersedia untuk ditayangkan di bioskop (pawagam) seluruh Indonesia bermula 30 Disember 2021. 

Hari ini Paragon Pictures dan Ideosource Entertainment juga secara rasminya telah tampilkan treler dan poster filem Backstage buat pertama kali di XXI Metropole, Cikini, Jakarta. Buat penonton Malaysia, treler rasmi ini juga boleh ditonton menerusi platform media sosial Astro Shaw. 

Filem Backstage Bakal Ditayangkan Di Pawagam Indonesia Bermula 30 Disember Ini

Ketua Pegawai Eksekutif yang juga merangkap Eksekutif Produser Ideosource Entertainment, Andi Boediman melahirkan rasa gembira apabila filem Backstage dapat ditayangkan di pawagam. “Proses pembikinan filem ini daripada fasa penggambaran, kemudian ke fasa penyuntingan telah mengambil masa yang panjang dan setelah menunggu dua tahun, saya rasa gembira akhirnya filem Backstage akan menemui penonton di pawagam.” 

Manakala Penerbit Paragon Pictures, Robert Ronny berkata “Saya berharap filem ini akan mendapat reaksi positif daripada penggemar filem Indonesia, terutamanya dari kalangan remaja. Cerita perjuangan seorang gadis yang ingin menjadi penyanyi dengan sokongan kakaknya ini akan memberikan pengalaman menarik buat penonton.” 

Sementara itu, Naib Presiden, Perniagaan Melayu Nusantara & Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad berkata Astro Shaw rasa amat berbesar hati terlibat dalam filem Backstage dan berkerjasama sekali lagi dengan penerbit terkemuka dari Indonesia iaitu Ideosource Entertainment dan Paragon Pictures serta kru dan pelakon-pelakon yang berbakat besar. “Kami berbangga dapat menjalin kerjasama strategik sekali lagi bersama Paragon Pictures dan Ideosource Entertainment dalam memperkukuhkan jenama kedua-dua penerbit di peringkat global. Kerjasama ini juga dilihat menjadi platform sempurna buat Astro Shaw dalam mempamerkan kredibiliti dalam menyediakan platform terbaik untuk mengedar dan memasarkan filem dari negara luar, di samping konsisten dengan komitmen berterusan dalam mempersembahkan filem-filem berkualiti kepada penonton Malaysia. Kini filem Backstage sudah bersedia untuk dipersembahkan kepada umum. Kami masih meneliti perkembangan sambutan pawagam di Malaysia yang baru sahaja bermula selepas penutupan di sebabkan pandemik. Jika menunjukkan sambutan yang menggalakkan pihak kami akan mempertimbangkan tayangan serentak dengan Indonesia. Filem Backstage akan menjadi filem pertama daripada Astro Shaw untuk tayangan di panggung wayang sejak pawagam tanah air di buka semula selepas pandemik Covid-19. Kami berharap kehadiran filem Backstage mampu menarik penonton ke pawagam dan sekali gus merancakkan ekonomi filem tempatan. Kami juga berharap menerusi kerjasama ini, ia dapat meneguhkan lagi filem serantau Asia.” 

Filem Backstage Bakal Ditayangkan Di Pawagam Indonesia Bermula 30 Disember Ini

Pengarah Filem Backstage, Guntur Soeharjanto berkata, “Banyak cabaran dalam menghasilkan filem Backstage, antaranya termasuklah segala proses dan kerja perlu dihentikan apabila negara berdepan dengan pandemik. Namun segala kerja keras kami terbalas apabila filem ini akhirnya akan ditayangkan di pawagam penghujung tahu ini.” 

Sementara itu, pelakon Sissy Prescillia yang menjayakan watak utama Sandra menyatakan bahawa beliau telah pun menyaksikan filem ini ketika proses pasca produksi. Sissy juga melahirkan rasa sangat berpuas dengan hasilnya. “Saya berpuas hati dengan hasilnya. Kerja keras kami selama pandemik seperti sudah terbalas. Elemen drama kakak dan adiknya sangat kuat dan lagu-lagu yang dipersembahkan juga pasti akan memikat hati penonton. Filem ini wajib ditonton di pawagam.” 

Pelakon Vanesha Prescilla yang menggerakkan watak Elsa dalam film ini juga berkongsi rasa gembira apabila filem Backstage akhirnya akan ditayangkan di pawagam. Tambah pula filem Backstage amat istimewa buatnya kerana ini adalah kali pertama beliau bergandingan dengan kakaknya dalam sebuah filem. “Filem ini sangat istimewa jadi saya sangat teruja akhirnya filem Backstage akan menemui penonton di pawagam. Lebih menarik, filem ini dapat menghiburkan penonton pada hujung tahun ini.” 

Selain itu pelakon Achmad Megantara yang membawa watak sebagai Michael Nara juga teruja dengan kehadiran filem Backstage tidak lama lagi. “Ini adalah kali pertama saya bergandingan dengan Vanesha, dan ternyata dia seorang yang sangat terbuka. Saya harap keserasian kami dalam Backstage dapat dirasai oleh penonton filem ini, dan mampu menghiburkan.” 

Selain Vanesha Prescilla, Sissy Priscillia, Achmad Megantara, filem ini juga dibintangi oleh Aulia Sarah, Karina Suwandi, Ferry Salim, Verdi Solaiman, dan Roy Sungkono. 

Filem Backstage akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia kelak. Ikuti perkembangan dan info tentang filem Backstage menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Gempak dan Astro Shaw. 

Tentang Ideosource Entertainment 

Ideosource Entertainment (IDEO), anak perusahaan PT NFC Indonesia Tbk (NFCX), Grup PT M Cash Integrasi Tbk (MCAS), didirikan pada tahun 2017 dengan fokus bisnis dalam penyaluran investasi kesektor Film & Media nasional. Pada periode berikutnya, IDEO telah berhasil memperluas sektor bisnisnya ke bidang Produksi Film & Media, Agensi Pemasaran Digital, dan Platform Analisa Film & Media. Investasi Film dan Media menitikberatkan pada pembiayaan beragam film Indonesia. Model investasi film dibangun dengan kerjasama yang baik dengan para produser ternama nasional. 

Tentang Paragon Pictures 

Didirikan pada tahun 2019, Paragon Pictures berfokus pada pengembangan, produksi, pemasaran, dan distribusi film IP untuk pasar Indonesia & Global. Paragon Pictures merupakan afiliasi dari Ideosource Entertainment, sebuah perusahaan media yang berinvestasi dalam industri film dan ekosistemnya. Bermitra dengan produser terbaik Indonesia, Ideosource Entertainment berinvestasi dalam berbagai film layar lebar termasuk Keluarga Cemara, Sobat Ambyar, Aruna & Lidahnya, Gundala, Bebas, Guru-Guru Gokil, Backstage, Losmen Bu Broto dan lainnya. 

Mengenai Astro Shaw 

Astro Shaw adalah sebuah syarikat penerbitan filem Malaysia untuk pasaran tempatan dan nusantara. Astro Shaw juga giat dalam memasar serta mengedar filem-filem tempatan dan serantau sekaligus mengukuhkan kedudukannya di pasaran global. Sejak ditubuhkan pada tahun 1996, kini Astro Shaw telah menerbitkan lebih 90 buah filem dalam pelbagai genre dan bahasa. Antara kejayaan besar Astro Shaw adalah menerusi filem Polis Evo, Hantu Kak Limah, Abang Long Fadil 2, Paskal, Dukun,The Garden of Evening Mists. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fesyen Travel Trending | 13

6 Pantai di Negeri Selangor Untuk Aktiviti Santai Hujung Minggu!

Fizie | 14

Fizie Terpaksa Tutup Dua Syarikat, Alami Kerugian Besar Akibat PKP