in , ,

Karakter Yang Mungkin Kita Tak Jangka dalam Filem AVENGERS: ENDGAME

Walaupun setakat ini, dah dua trailer dilancarkan di Youtube, filem yang dinantikan AVENGERS: ENDGAME ini masih ada beberapa persoalan dan misteri yang timbul.

Memang masih lagi misteri di mana kita tidak dijamu dengan klip babak di mana sang superhero ini berlawan dengan Thanos. Memang takde kan dalam trailer aksi pertarungan Avengers dengan Thanos. Sengaja dirahsiakan sebab tak nak kasi spoiler. Kalau ada pun sikit dan tak banyak memberikan satu klu pun.

Yang pasti, trailer yang disiarkan tu mahu memberitahu kita semua bahawa dalam filem fasa ketiga, AVENGERS: ENDGAME ni nanti ada enam anggota awal yang menjadi tumpuan ramai.

Marvel Studios' Avengers: Endgame

Budiey lihat di senarai Trending Youtube Malaysia, trailer filem AVENGERS: ENDGAME sekarang ni masih lagi berada di tempat pertama. Wow! Petanda awal ramai yang sedang berdebat berbicara tentang filem ini di ruangan komen.

I will not blink my eyes untill the end of the movie

– komen di Youtube

Ini jelas terbukti semasa info disampaikan oleh Presiden Marvel Studio iaitu Kevin Feige, semasa Marvel Cinematic Universe yang berdiskusi dengan Empire tentang filem ini.

Kevin Feige yang menjadi penerbit Marvel Cinematic Universe memberikan informasi yang ramai tak tahu tentang filem AVENGERS: ENDGAME.

Enam anggota awal yang dimaksud Feige tak lain dan tak bukan adalah Captain America, Iron Man, Black Widow, Hulk, Hawkeye dan Thor.

The-Avengers

Keenam karakter ini telah menjadi superhero pertama MCU yang beraksi sebagai pasukan dalam The Avengers (2012), di mana pada filem pertama itu mereka bergabung untuk menyelamatkan Bumi dari serangan pasukan alien yang diketuai oleh Loki. 

Sementara itu, untuk anggota baru yang terkena jurus The Decimation milik Thanos seperti Black Panther, Spider-Man, Doctor Strange, Falcon dan Winter Soldier, belum diketahui bagaimana mereka akan kembali.

Yang pasti, dengan bantuan anggota baru lainnya seperti Ant-Man yang memiliki akses untuk masuk ke Alam Kuantum, dan Captain Marvel dengan kekuatan yang power tu, keenam anggota awal Avengers pasti punya taktik jitu untuk kembali berjuang untuk mengalahkan Thanos, dan memulihkan alam semesta seperti sedia kala. Dapatkah mereka menyelesaikan misi mereka ini?

Nantikan filem AVENGERS: ENDGAME di pawagam mulai 26 April 2019.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Produk Biasa Jadi Luar Biasa Dalam Dokumentari Inggeris HOW IT’S MADE Siri 15

Lawak Shiha Zikir Bantu Sharif Zero Menang RM10,000 di Minggu Ke-3 BBB 2019