in , ,

Filem AVENGERS: ENDGAME Bakal Ditayang 2 Hari Lebih Awal Di Malaysia

Untungkan jadi moviegoers yang menetap di Malaysia. Bukan apa, setiap kali keluarnya filem baru di pawagam, pastinya penggemar filem di Malaysia yang akan menjadi penonton pertama yang menontonnya. Itu tak termasuk lagi kalian yang suka menonton di malam premiere.

Gais, baru-baru ini Golden Screen Cinema (GSC) baharu sahaja mengesahkan tarikh tayang filem yang ditunggu-tunggu ramai, ‘AVENGERS: ENDGAME iaitu pada 24 April ini. Pengesahan ini baharu sahaja dikongsikan di laman sosial rasmi GSC di Facebook dan Twitter. Menariknya tarikh tayang di Malaysia dijadualkan 2 hari lebih awal dari tarikh tayangan di Amerika Syarikat. Jika di sana, filem ini ditayangkan pada 26 April 2019 sebagaimana yang tertera di poster dan juga trailer.

Manakala TGV Cinema dalam satu kenyataan balas di Twitter memaklumkan bahawa mereka bakal membuka slot tempahan awal untuk tayangan berkenaan. Namun setakat ini belum ada tarikh pasti untuk tempahan awal tiket.

Filem AVENGERS: ENDGAME

Trending nombor satu di Youtube Malaysia baru-baru ini, selama beberapa minggu juga, trailer filem yang dinantikan ini. Marvel Cinematic Universe telah berjaya memberi kejutan buat peminat yang sudah tidak sabar menanti tayangan filem tersebut dengan melancarkan trailer rasmi. Setakat ini, trailer tersebut telah meraih jumlah tontonan sehingga 78 juta views dalam di YouTube. Wow!

Perangai jelik orang kita, orang Malaysia, apabila dapat kelebihan menonton awal adalah suka menyebarkan spoiler di laman sosial. Terbukti sebelum ini pernah berlaku. Untuk filem ini, harap-harap tiada orang kita yang suka buat onar pergi kasi spoiler di ruang sosial media mereka.

Filem AVENGERS: ENDGAME

Sinopsis Filem AVENGERS: ENDGAME

Dalam filem sekuel kepada “Marvel’s The Avengers” ini, Iron Man, Hulk, Captain America, Black Widow dan ramai lagi termasuklah adiwira baru akan diperkenalkan. Mereka bakal kembali bekerjasama dalam mempertahankan Bumi daripada dimusnahkan oleh penjahat. Antara pelakon yang membintangi filem ini ialah Robert Downey Jr., Chris Hemsworth, Mark Ruffalo, Chris Evans, Scarlett Johansson, Benedict Cumberbatch dan ramai lagi.

Filem AVENGERS: ENDGAME
Filem AVENGERS: ENDGAME

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dream Cruises Announces Grace Chen As Godmother For Newest Ship, Explorer Dream

Hirup Udara Segar di Kota Percutian Anda Yang Berikutnya