in ,

Filem ANNIE Tidak Ditayangkan di Malaysia?

Budiey rasa pelik apabila tidak ada ribut tidak ada angin kencang dan hujan tetiba jer sebuah lagi filem tidak akan ditayangkan di Malaysia. Filem yang Budiey dimaksudkan ialah filem ANNIE lakonan Cameron Diaz, Jamie Foxx dan ramai lagi pelakon hebat. Filem ini telah menjengah pawagam seluruh dunia di penghujung bulan Disember lalu sempena Krismas.

Apa yang Budiey tahu, dan mungkin korang juga pernah dengar berita tentang server Sony Pictures telah menjadi mangsa penggodam dan mengakibatkan filem ini telah leaked di internet.

Ramai yang sudah pun menonton filem ANNIE arahan Will Gluck ini di internet. Budiey belum lagi menonton pun. Terasa juga nak tonton tapi itulah apabila dengar khabar filem ANNIE tak dapat ditayangkan di Malaysia, rasa agak mengecewakan jugaklah. Mungkin Sony Pictures Malaysia ada alasan sendiri untuk tidak menayangkan filem ini di Malaysia. Apa-apa Budiey akan bertanyakan kepada pegawai perhubungan awam Sony Pictures Malaysia yang bertugas.

Okay, pada hari ini Budiey akan mengadakan Premiere With Budiey menonton filem FOCUS lakonan Will Smith. Diharapkan kepada pembaca yang telah pun terpilih dan menang tiket akan datang awal sikit untuk kita beramah mesra, orait. See you there ya!

Sedikit sinopsis filem ANNIE:

A foster kid, who lives with her mean foster mom, sees her life change when business tycoon and New York mayoral candidate Will Stacks makes a thinly-veiled campaign move and takes her in.

Lakonan Cameron Diaz memang ada kelas dalam filem ini.

movie annie

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konflik Antara Sharnaaz Ahmad, Emma Maembong & Syatilla Melvin

Robert Langdon to Return in INFERNO Starring Tom Hanks