in

Filem Animasi Menarik Sempena Cuti Sekolah

Meneruskan tradisi kemeriahan sepanjang cuti sekolah yang bakal bermula, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyediakan tayangan filem-filem animasi menarik mencuit hati setiap Isnin hingga Khamis; pukul 10.00 pagi menerusi saluran TV2.

[pullquote align=”right”]Saksikan tayangan filem Tinkerbell And The Great Fairy Rescue (18 November), Brother Bear 2 (19 November), Aladdin and The King of Thieves (20 November), Lion King 1 1/2 (21 November), Bee Movie (25 November), Turtle Hero The Movie : The Amazing Adventures (26 November), Sandokan : The Gift of Tiger (27 November) dan diakhiri Sandokan : The Black Heart of Kali (28 November).[/pullquote]

Menggunakan suara latar oleh Mae Whitman, Lauren Mote dan Michael Sheen, animasi Tinkerbell and The Great Fairy Rescue mengisahkan Tinker Bell yang harus bekerjasama dengan pari-pari yang juga pesaingnya untuk mengekalkan rahsia kewujudan mereka daripada manusia.

Berhibur kemudiannya dengan aksi dan telatah seorang rakan lama perempuan Kenai yang memerlukan bantuannya. Tenyata berdepan dengan situasi di luar jangka itu membuatkan kebingungan Koda semakin meningkat. Plot menarik tersebut mewarnai animasi Brother Bear 2.

Penggemar kisah watak Aladin luangkan masa menyaksikan Aladdin and The King of Thieves, kisah akhirnya di mana Aladdin berkira-kira untuk berkahwin dengan Puteri Jasmine. Walaupun kehadiran dan dorongan kawan-kawannya Genie, Carpet dan Abu, dia takut dan bimbang. Paling merisaukan dirinya tentang masa depan mahu bergelar seorang bapa. Dia bimbang mahu menggalas tanggungjawab tersebut. Tetapi apabila 40 Pencuri mengganggu perkahwinan dan cuba untuk mencuri tangkal ajaibnya, Aladdin terlibat dalam usaha berbahaya untuk menyekat kegiatan pencuri tersebut.

Seterusnya tonton filem Lion King 1 1/2 arahan Bradley Raymond, kisah Timon dan Pumbaa, si babi hutan yang menceritakan kembali kisah The Lion King dari perspektif mereka sendiri dengan cara yang unik.

Bee Movie (2007) pula menggunakan suara Jerry Seinfeld, Renée Zellweger dan Matthew Broderick berkongsi kisah Barry B. Benson, lebah yang baru sahaja lulus dari kolej, kecewa pada pilihan kerjaya tunggalnya sebagai membuat madu. Dalam perjalanan khas di luar sarang, hidup Barry diselamatkan oleh Vanessa, pemilik sebuah kedai bunga di New York City. Dalam hubungan yang semakin akrab, dia mendapati manusia sebenarnya makan madu dan kemudiannya membuat keputusan untuk menyaman.

Paling mengujakan filem sekual bertajuk Sandokan : The Gift of Tiger dan keesokkan harinya filem Sandokan : The Black Heart of Kali . Kedua-dua animasi ini mengetengahkan plot kisah menarik tentang Sandokan yang pastinya ingin diketahui oleh orang ramai di luar sana.

Untuk mengetahui kesudahannya, saksikan lapan filem animasi ini hanya di TV2.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

2013 MTV EMA Offers Unprecedented Fan Interactivity Engagement

Sekitar Klinik Futsal Cabaran Dashing 2