in ,

Filem ANGIN CINTA Lakonan Zizan Razak & Ummi Nazeera

Oh, keterujaan melampau pula hari ini, apabila Budiey dah siarkan peraduan menang tiket ke Malam Gala Ada Apa Dengan Cinta 2 yang akan diadakan pada hari Selasa depan. Dah tentu ramai yang nak hadir, kan? Cakap pasal filem ni, kat Astro pun katanya akan menayangkan filem cinta romantis yang tak kurang hebat katanya.




Filem ANGIN CINTA Lakonan Zizan Razak & Ummi Nazeera

[dropcap]A[/dropcap]stro First Eksklusif, saluran yang membawakan filem tempatan terbaik secara eksklusif ke kaca televisyen sekali lagi akan membuai penonton dengan sebuah filem televisyen (FTV) romantik komedi bertemakan cinta dan kekeluargaan berjudul Angin Cinta. Filem sentuhan pengarah yang tidak asing lagi, Ghaz Abu Bakar ini bakal ditayangkan di Astro First Eksklusif saluran 380 pada akhir bulan ini.

zizan-razak-cicakman

Angin Cinta mempertaruhkan gandingan sulung dua pelakon popular tanah air iaitu Zizan Razak dan Ummi Nazeera sebagai teraju utama yang memperlihatkan mereka mengharungi pelbagai liku percintaan yang sedikit sebanyak menguji hubungan mereka demi sebuah masa depan bersama. Filem ini turut dibintangi oleh pelakon berpengalaman, Shahronizam dan Zarina Zainuddin.

Satu sidang media dan juga Majlis Pra Tonton & Sidang Media Angin Cinta yang akan diadakan pada 26 April 2016 di sebuah pawagam terkenal di ibu kota. Nantikan sama-sama filem ini di Astro First Eksklusif nanti.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Malam Gala ADA APA DENGAN CINTA 2

Apa Yang Istimewanya Malam Kemuncak Anugerah Pilihan Online