in ,

Filem Akhirat Sinopsis & Lakonan Vanidah Imran

“Akhirat”… bermulanya satu kesudahan.

“Akhirat” merupakan senaskah coretan tinta hitam yang membelenggu kehidupan seorang wanita suci Mira (Vanidah Imran) kerana nafsu serakah manusia durjana. Akibat dari tragedi malang itu kehidupan Mira semakin pudar setelah dia disahkan menghidap penyakit yang amat mengerunkan.

Kesangsaraan ini cuba dirahsiakan dari pengetahuan suami tersayang, keluarga dan masyarakat. Namun konflik melanda bila dia tidak dapat menyempurnakan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Dilema ini menyebabkan Mira melakukan sesuatu diluar dugaan dengan merancang menyatukan Amran (Tony Eusoff) dengan Noni (Nabila Huda). Amran yang kecewa dengan tindakan Mira menuduh Noni cuba mencemarkan nama dan maruah keluarga dengan muslihat tertentu. Keadaan bertambah parah bila Noni pula bersikap semakin liar dan tidak terkawal kerana perbuatan teman lelakinya Ari (Adi Putra). Akhirnya konflik terlerai bila Mira berada di ambang…”Akhirat” dan apakah harga seorang insan di antara dua realiti ini?

Bolehkah Mira melawan takdir yang menimpa dirinya? Bagaimanakah Amran menentang musuh yang sedang memusnahkan rumah tangganya? Adakah Ari akan meninggalkan kehidupan mewah dan kegiatan maksiatnya? Dapatkah Noni menghentikan gelora nafsu batinnya? Bolehkah Dato’ Shamsuddin mengharungi segala dugaan yang melanda keluarganya?

“Akhirat”… pengadilannya di tangan anda!

*Tahniah kepada Vanaidah Imran kerana dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia 2007.

[tags]filem akhirat, sinopsis filem akhirat, ulasan filem akhirat, pratonton filem akhirat, review filem akhirat, vanidah imran, mira, adi putra, yassin, maya karin, filem impak maksima, trailer impak maksima, ulasan impak maksima, Noni, filem akhirat, munkar nakir, malaikat, HIV, AIDS, kondom, filem durjana, vanidah imran menang pelakon wanita terbaik, festival filem malaysia, agama islam, akhirat dan dunia, persediaan akhirat, pengadilan, unfair, fair, nabila huda, Tony Eusoff, negarakuku video klip, trailer film akhirat, movie akhirat, lagu negarakuku taiwan, cina buta, dynas, adi putra gossip, kahwin nona, gambar proton sedan gen2, jangan tidur lagi[/tags]

gambar vanidah imran

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jemputan Readers ToGether-Gather ke-4 Sambil Menonton Filem Kayangan

Britney Spears Menggatal Dengan Budak Kolej?