in , ,

Filem ADA HANTU Trending, Rupanya Ada Sebab Filem Arahan Hairul Azreen Ini Kelakar!

Sebelum ini apabila tular berita tentang Hairul Azreen telah mengarahkan filem pertamanya berjudul Ada Hantu, ramai yang kurang yakin dengan kebolehannya dalam bidang pembikinan filem.

Apa yang membuat netizen lebih sangsi adalah apabila melihat poster filem komedi seram itu yang agak ‘ala kadar’ dan tidak begitu mencapai piawaian poster-poster filem berkualiti.

Rata-ratanya agak skeptikal bahawa filem itu berbaloi untuk ditonton, sehinggalah semalam apabila Ada Hantu mula ditayangkan di Disney+ Hotstar dan ramai yang telah memberikan filem itu peluang, terkejut dengan jalan cerita yang lucu dan penuh plot twist.

Filem yang dibintangi pelakon Paskal itu sendiri bersama Zahiril Adzil, Syiqin Kamal, Nafiez Zaidi dan Elvina Chua itu mengisahkan tentang seorang Youtuber yang merakam reaksi untuk video-video penemuan hantu, dicabar pengikut-pengikutnya untuk mencari hantu sendiri.

Filem ADA HANTU Trending, Rupanya Ada Sebab Filem Arahan Hairul Azreen Ini Kelakar!

Ada Hantu mengisahkan tentang Aliff (Zahiril Adzim), seorang ‘Youtuber’ popular yang sangat skeptikal terhadap semua perkara ghaib, terutamanya hantu. Sikapnya yang suka bercakap besar bagaimanapun tidak disenangi rakan-rakannya. Bagi membuktikan hantu tidak wujud, dia telah mencabar rakan-rakannya untuk bermalam di mana-mana lokasi yang dipercayai berhantu.

Bariah (Shiqin Kamal), salah seorang rakannya, telah mencadangkan sebuah rumah lama berhampiran kampungnya. Menurutnya, rumah tersebut pernah dimiliki oleh jeneral tentera Jepun yang telah menyeksa dan membunuh semua orang di sekelilingnya dengan kejam. Dek kerana kekejaman jeneral tentera itu, rumah tersebut menjadi ‘urban legend’ dikalangan penduduk setempat, dan dipercayai berpuaka.

Aliff bersetuju agar rumah tersebut menjadi tempat untuk mereka meraikan harijadinya. Menjelang tengah malam, selepas mereka menyambut hari lahir Aliff, berlaku beberapa pekara aneh dan menyeramkan. Aliff yang ketakutan, menjadi panik selepas di kehilangan rakan-rakannya, dan ketika itulah dia segera menyedari bahawa rumah itu menyimpan sesuatu yang menakutkan, lebih dari apa yang dia bayangkan. 

Filem ADA HANTU Trending, Rupanya Ada Sebab Filem Arahan Hairul Azreen Ini Kelakar!

Apa yang menarik, filem pertama Hairul Azreen itu turut meletakkan elemen kejutan dan ia hanya boleh diketahui oleh penonton yang menyaksikannya.

“Ada elemen kejutan, jadi penonton kena tengok sendiri apa yang mahu disampaikan. Saya harap cara penyampaian saya difahami penonton serta disukai. Filem ini akan membuatkan penonton berfikir pada penghujung cerita,” 

– Hairul azreen

Selain jalan cerita yang menarik, lakonan yang padu dan dialog yang lancar juga membuatkan filem Ada Hantu sangat menghiburkan bagi rakyat Malaysia yang telah lama tidak dapat berkumpul dengan rakan-rakan dan terlibat dalam aktiviti gila-gila seperti dalam filem tersebut.

Secara keseluruhannya, ramai yang berpendapat filem ADA HANTU sangat berbaloi untuk ditonton, dijamin menghiburkan, dan anda pasti tidak akan kecewa dengan hasil kerja Hairul Azreen. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

5 Perkara Penting Yang Anda Perlu Tahu Tentang VARIAN DELTA

Drama SAGA 2.0 Sekuel Kedua Tampil Dengan Plot Serba Baharu