in , ,

Video Ingkar Arahan PKP Tular, Netizen Dakwa Lelaki Dimarah Polis Mirip Fikry Ibrahim?

Sejak semalam, warganet kecoh apabila tular satu rakaman di Twitter yang memperlihatkan seorang lelaki diarah membuat pusingan semula atau u-turn dalam satu sekatan jalan raya selepas gagal menunjukkan bukti alamat kediaman dan surat tuntjuk sebab dia perlu keluar rumah.

Dikatakan individu dalam kenderaan tersebut berkata dia tidak mengetahui perlu membawa dokumen tempat tinggal jika keluar rumah sepanjang PKP ini. Susulan gagal menunjukkan dokumen, pihak berkuasa meminta untuk membuat pusingan U dan tidak dibenarkan melalui jalan tersebut. Bagaimanapun, pemandu berkenaan tidak patuh dengan arahan, dilihat tetap jalan terus dan dijerit oleh pegawai polis yang bertugas.

Dalam perbualan rakaman tersebut, individu berkenaan memberitahu dia baru pulang membeli barangan dapur di sebuah pasaraya di Kota Damansara dan ingin pulang ke kediamannya yang terletak di Damansara Perdana, Selangor. Bagaimanapun, dia gagal menunjukkan bukti menyatakan dirinya tinggal di kawasan tersebut.

fikry ibrahim

Biarpun wajahnya tidak jelas kelihatan kerana memakai topeng muka, namun netizen mendakwa individu tersebut ialah pelakon Fikry Ibrahim berdasarkan suara dan percakapannya dalam loghat Utara, serta maklumat yang diberikan kepada polis.

Mengukuhkan lagi spekulasi apabila alamat kad pengenalan serta nombor plEt kenderaan yang berasal dari Kedah itu kononnya sama dengan alamat asal Fikry.

Roadblock hari itu kena u-turn ke? Kereta dengan tempat asal di Jitra, Kedah macam sama je.

“Fikry ni la kot yang kena marah dengan polis sebab keluar tak bawa dokumen? Betul ke awak yang kena u-turn tu?

“Kena sound dengan polis kecut tak? Orang suruh duduk rumah… sekali kena jerit dengan abam polis. Jangan lupa dokumen,”

Gelar Netizen Kg.Com, Penyanyi Sharifah Zarina Dikecam

Gara-gara dakwaan tersebut, netizen mula membanjiri ruangan komen pada Instagram Fikry Ibrahim bagi mendapatkan pengesahan dan kesahihan mengenai kejadian itu.

Namun, Fikry Ibrahim tidak memberikan sebarang respon dan membalas komen dari netizen. 

“Kereta yang mula-mula tu bukan Fikry Ibrahim ka? Takkan la tak alert pasal ni. Haish. Seorang-seorang artis buat perangai,” tulis salah seorang pengendali akaun Twitter pada Khamis.

fikry ibrahim

Akan tetapi, menerusi Instastory, Fikry ada memuat naik foto seorang negarawan Amerika Syarikat, Abraham Lincoln berserta sebaris ayat:

Don’t believe everything you read on the internet just because there’s a picture with a quote next to it,”

fikry ibrahim

Apa-apa pun, samada Fikry ke atau bukan Fikry dalam rakaman video itu, yang penting, kita semua kena patuh arahan polis sepanjang tempoh PKP ini. 

Sebagai info, dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Tahap 2 (PKP 2) pihak berkuasa telah memaklumkan bahawa hanya seorang sahaja wakil ahli keluarga dibenarkan keluar.

Sekiranya ada urusan penting dan ingin ke sesuatu tempat, individu tersebut harus membawa dokumen atau surat berkaitan sebagai bukti.

Manakala, pihak berkuasa akan ambil tindakan tegas sekiranya mana-mana pihak ingkar dengan arahan tersebut.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Aliff Syukri Akhirnya Jawab Isu Perceraian

COVID-19: Viral Tentang Selebriti Bantu & Menderma Untuk Golongan Terjejas