in

Figura Upin & Ipin dengan setiap hidangan KFC Upin & Ipin

Figura Upin & Ipin dengan setiap hidangan KFC Upin & Ipin

“Nak ayam goreng! Nak ayam goreng!” itulah ungkapan yang sinonim dengan Ipin sehingga menjadi ikutan kanak-kanak seluruh Malaysia. Bersesuaian dengan itu, KFC Malaysia dengan kerjasama LC Merchandising iaitu anak syarikat Les’ Copaque Production telah pun memasarkan mainan figura Upin & Ipin di setiap cawangan KFC seluruh Malaysia dan Brunei.

Figura Upin & Ipin dengan setiap hidangan KFC Upin & Ipin

Figura Upin & Ipin ini juga merupakan produk animasi tempatan pertama yang berganding bahu dengan KFC.

Pada hari pertama figura Upin & Ipin ini muncul di KFC, ramai orang tidak mahu melepaskan peluang untuk mendapatkan figura istimewa ini kerana sebelum ini mainan yang disertakan dengan hidangan KFC adalah produk animasi dari luar negara. Dengan setiap pembelian hidangan Upin & Ipin yang lazat, anda boleh bermain dengan figura sambil menikmati hidangan ayam goreng dengan gembira.

Disebabkan sambutan yang begitu luar biasa, promosi ini sudah pun mendapat permintaan dari negara jiran seperti Singapura dan Indonesia walaupun set hidangan KFC Upin & Ipin ini masih belum menembusi pasaran di sana.

Terdapat 4 rekabentuk berbeza Upin & Ipin yang setiap satunya dipasarkan pada tarikh yang berbeza. Figura setinggi 3 inci yang comel ini juga mempunyai gaya watak serta pakaian yang berbeza. Berikut adalah nama serta tarikh setiap figura ini bakal berada di setiap cawangan KFC.

Playful Upin : 14 Mei – 23 Mei
Happy Ipin : 24 Mei – 2 Jun
Defender Upin : 3 Jun – 11 Jun
Striker Ipin : 12 Jun – 20 Jun

Layari Facebook rasmi Upin & Ipin http://facebook.com/kelabupindanipin untuk info lanjut.

Figura Upin & Ipin dengan setiap hidangan KFC Upin & Ipin

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

New Makati, Manila Tune Hotel Opens 17 July

QPR Stays in the Premier League