in

Fida Ibrahim Juara Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene Belajar Vokal

Pemenang program TV Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene, Fida atau nama sebenarnya Rafidah Ibrahim khabarnya mahu menjadi penyanyi. Walaupun tengah sibuk dengan karier menjadi pengacara Riwayat Kamil di TV9, hos, menghadiri sesi fotografi dan pertunjukan fesyen, gadis kelahiran Kampung Baru ini mengidam untuk merakamkan album satu hari nanti. Dulu pernah ditawarkan merakamkan album namun niat terpaksa ditangguhkan kerana masih belajar. Sebenarnya, minat dalam nyanyian sudah ada sejak kecil lagi. Kerap menyertai dan memenangi pertandingan nyanyian dan nasyid di peringkat kolej. Kini, ‘kembar’ seiras Siti Nurhaliza ini sedang giat belajar vokal dengan seorang guru vokal. Fida dalam proses belajar lenggok R&B, soul dan jazz.

Semoga Fida berjaya menjadi penyanyi satu hari nanti.

Fida | 3

[tags]fidah 3r, riwayat kamil, amazing race asian, alamat emel fara fauzana, alamat emel natasha hudson, awal ashaari, britney spears, celebrities email address, digi, farah dhiya, fida pantene alamat, siti nurhaliza friendster, myspace ziela, kelas vokal, senarai pembantu rumah, hos tv9[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Sheila Rusly Bertudung

Gambar Siti Nurhaliza Bertudung di LOAF Grand Ceremony