in ,

Sekali Yuna Tegur Netizen Tentang Fesyen

Biasalah tu Netizen ni sekecil-kecil kuman, mereka akan kritik sampai lunyai. Ada kritikan tu boleh diterima pakai, ada yang boleh ditapis. Kritikan boleh bertukar kepada kecaman. Apa-apa pun selebriti kenalah mengambil isu yang dikritik tu sebagai sesuatu yang positif.

yuna

Penyanyi Malaysia bertaraf antarabangsa, Yuna dikatakan telah menegur tindakan segelintir netizen kebanyakkannya golongan lelaki meninggalkan komen mahukan penampilan dan dirinya yang dahulu berbanding sekarang.

YUNA

Melalui Instagram, Yuna atau nama sebenarnya Yunais Zarai, 32, telah meluahkan perasaan beliau yang merasa pelik mengapa mereka bersikap demikian berikutan seseorang individu seharusnya sentiasa berubah menjadi lebih baik.

“Anda membeli Iphone keluaran terkini setiap kali keluaran baru tapi anda lebih suka melihat seorang perempuan sentiasa sama dan tidak berkembang menjadi sesuatu yang baru dan lebih baik.

“Saya melihat komen seperti ini kebanyakkannya daripada lelaki. Orang dah 2018 dah bro apesal (kenapa) kat 2009 lagi ni,” tulisnya di Instagram.

Yuna

Yuna turut memuat naik komen netizen yang mahukan dia yang dahulu.

Dalam pada itu, Yuna mempersoalkan mengapa seseorang lelaki yang melakukan pembaharuan sering dipandang positif berbanding wanita.

“Lelaki boleh berubah mendapatkan kekasih baru atau gaya yang lebih baik dan orang akan berkata ‘oh bagus dia sekarang’ tapi kalau perempuan dengan gaya baharu, keyakinan dan kehidupan baharu sering dikatakan sudah berubah,” katanya.

Bagaimanapun, Yuna berkata, dia berterima kasih kepada suaminya Adam Yousof Sinclair yang sentiasa menyokong dengan apa juga yang dilakukan kini.

Sumber: Instagram Yuna

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

SHIVER – Sebuah Hadiah Bunkface Buat Peminat

Fikir Dulu Sebelum Beli iPhone XR