in

Fesyen Enot & Didie Alias Cetusan Warna atau Citrawarna ?

Fesyen CETUSAN WARNA yang dipakai oleh Didie Alias dan Enot terus mendapat pelbagai kritikan.

Ternyata, Enot dan Didie Alias tidak kisah dengan kata-kata orang memandangkan mereka sudah menjangkakan apa yang akan berlaku nanti. Budiey sedari, seawal sidang media ABP lagi mereka berdua sudah tampil unik dengan kemewahan warna yang overdose yang direka oleh pereka muda. Yang penting kedua selebriti ini berani mati!

Katalah apa sahaja, samada mereka menjadi mangsa fesyen atau fesyen carca marba atau apa sahaja, mereka peduli apa? Budiey sebenarnya kesian kat diorang ni. Betul juga kata orang, kadang-kadang ada artis yang sanggup dijadikan alat ujikaji. Tapi bila tengok lama-lama, fesyen yang nampak unik dan lain dari yang lain ini memang gempak habis. Ni baru Lady Gaga! Syabas atas keberanian. Dan ada yang kata, mereka sengaja pakai untuk kasi hype kan diri masing-masing pada majlis itu. Apa yang penting, mereka dihighlight!

Kalau dilihat pada konsep dan tema. Cetusan Warna, apakah ini menepati tema? Mengikut pereka fesyen berpengalaman, Hatta Dolmat, beliau berpendapat, fesyen ini masih tak menepati tema:

“Tak taulah teori apa… baju ini tiada salahnya, cuma mungkin tempat atau temanya tidak kena sgn majlis yang di hadiri..dengan styling berlebihan dgn wig putih itu dah cukup ketara berlebihanya..mungkin ini satu cara mendapat perhatian yang paling cepat! ia! ianya berkesan…tetapi dari pandangan sudut yang mana ? positif atau negetif..

kadang-kadang antara sebab ini juga i tidak menyertainya tahun ini, kehadiran pereka baru memang memberikan lantai red carpet abpbh tahun ini meriah dengan warna warni rekaan yang menakjubkan…tetapi tak nampak lagi yang mennakjubkan melainkan yang cantik dan rekaan di atas…????anada nilaikan sendiri.. mungkin juga enot dan dd merasakan personality mereka sebagai pelawak atau penghibur perlu di tampilkan pada pakaian mereka? tetapi sharifah shahirah dan kak raja juga pelawak, tetapi dress mereka masih boleh di katakan ok malam itu ( tidak! pada crown itu).

Inilah risikonya apabila menjadi pereka fesyen..ini creation yg pereka hasilkan..dan komen tetap ada… sbb itu buat sesuatu berlandaskan konsep..kalau ikutkan kreativiti, i rasa pereka ini kreatif… tapi di sini RED CARPET ABPBH bukan medan nak memuntahkan kreaviti yg melampau.. red carpet untuk sesuatu design yang elegant..

jikA i DI TUGASKAN meghasilkan creation untuk enot, PASTINYA akan sehabis baik mecantikkan enot supaya mendapat pujian dan respon yang baik…

jenefer hudson, queen latifah, juga berbadan besar… tetapi apa yang mereka pakai tidak pernah menjengkelkan…

LADY GAGA! IA SATU IKON DAH MCM BUKAN MANUSIA, lady gaga ikon fashion yang hebat tambah bakat dan pencapaian gaga dalam industri..

tak semua org boleh menjadi gaga dik oiiiiiii……….

gaga satu dalam sejuta!”

Semoga yang baik kita jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. Takde yg aneh justru unik, tolonglah blajar menghargai hasil karya orng lain setidakx mereka dah mampu menjadi diri mereka sndri, mngkin kata “tema” tu prlu makna yg luas spy orng tak salah paham, bagi sy tema lebih kpda isi utama dari acara itu sndri

  2. OOHHH NOOO….WHAT’S THIS ? PELIKNYA…FUTURISTIK ? LADY GAGA ? MASALAHNYA, DIA ORG NI ORG MELAYU TULEN..BUKAN OMPUTEH KEY…DIDIE DAH MCM MAK PD JIDIN DRAMA KT TV3 TUH..ENOT PLAK, SUNGGUH KASIHAN..TERUK LA PEREKA PESEN DIA ORG NIH, KALO YE PUN NK NAMPAK FUTURISTIK KER, MISTIK KER, PLASTIK KER, BIARLA JADI NAMPAK CANTIK..DIDIE N ENOT SEBENARNYA CANTIK, AKU PEMINAT DIA ORG BERDUA NIH..TAPI KECANTIKAN DIA ORG TELAH DIMUSNAHKAN OLEH BAJU YG TERLEBIH ADUN NIH..AKU BOLE BAYANGKAN KALO DIDIE TU PAKAI GAUN SLIM KEMBANG BAWAH, DGN SEDIKIT HIASAN EKSEKLUSIF PADA BHG DADA…MESTI TERNGANGA MULUT REDHUAN HASHIM…

  3. tak salah dengan fesyen yang mereka pakai tu.. lagi pun hanya nak melaram malam tu je.. bukan nak dipakai jalan jalan kat shopping mall pun.. janganlah kita membunuh citarasa pereka fesyen yang baru nak menonjol. Dah namanya artis.. mestilah pakai yang lain dari yang lain… funky funky saja tu…

  4. aku rasa fesyen derang ni lagi bagus drpd artis lain yg pakai ketat2 … tak cukup kain/kain jarang2 tu walaupon berpinar mata tgk warna warni sgt

  5. hatta dolmat tu terrer sgt ke? hoho
    mcm jeles dgn pereka fesyen muda je.
    gaga diawal kemunculan pun dikutuk juga(diakui mmg skrg pun still-PELIK!) tapi sbb gaga tu glamer satu dunia, dolmat xkutuk lak..adehh..siap cakap fesyen yg hebat lagi..hoho

    bottomline is, xyahla kutuk2 org..saya pun bukan siapa, tapi sedikit sedih dan kecewa dgn sikap hatta dolmat tu..jgn smpi org ilang respek la..

    “Tak taulah teori apa”???
    🙁
    sedey..seorg yg berpengalaman merendah2kan pereka fesyen bawahannya..

  6. fesyen nie unik da ada style tersendiri……..saya sokong pereka fesyen nie..dia berani menonjolkan sesuatu kelainan dalam seni tersendiri……tabik spring juga dgn 2 selebriti yang berani sign mati mengayakan fesyen nie……..yela takkan smua red carpet harus disajikan dengan selebriti yang berpakaian elegen, cantik, feminine saja…fesyen dari minda kreatif pereka macam nie la yang boleh membuka minda & mulut (positive & negative) pemerhati dan pengiat fesyen lain.

  7. congrats ladies ! salute to both of u. kena dengan tmpt anugerah tu. xlah mcm si zizie tu dahlah tmpt tu sejuk tp nak pakai atas bawah tak cukup kain – agaknya senang nak seluk kot maklumlah br kawin ……

  8. Ok per….2,2 pun comel jek gayakan baju pereka fesyen muda ni…
    Alah, diorang saja nak suka2, funky2 pe salahnya….at least takdela bijik mata aku ni terjojol mcm tgk baju sesetengah artis….dedah sana sini tunjuk aset yg tak seberapa tu!

  9. Cetusan Warna – Mmg kena dgn theme, enot dan didie nampak ceria je….bkn depa pakai p shopping pun, hanya melaram malam ABP tu je….bertepatan dgn tema, drpd dedah sana sini, baik depa pakai macam tu…..

  10. i mmg puji la enot & didie ni. brani mcuba & yg pastinya, fesyen diaorg ni x mjolok mata. sesuai dgn diaorg ni yg ceria & comel…

  11. suke sgt tgk pkaian diorg….walaupun warna-warni tp cantik…mereka berani memakai pakaian yang unik dan menarik…..all the best enot ngan didie….

  12. ok je aku tgk.kena dgn tema.bkn nk pegi kenduri kawen pun.pelik la org yg tak suka.at least dorang berani.tahniah kak didie and kak enot…u go girls!!!

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Maxis & Hotlink Customers Witness Adam Lambert’s Rising Star Live In Singapore

Lisa Surihani & Hussien Ruffedge dalam Drama Adamaya