in

Festival Seni & Persembahan Melaka MAPFest 2015

Persembahan kesenian terbesar antarabangsa yang berlangsung di Tapak Warisan Dunia UNESCO, Festival Seni dan Persembahan Melaka (MAPFest), kembali ke Melaka untuk ansuran ketujuh dari 27 hingga 29 November 2015.

Lebih daripada 35 artis tempatan dan antarabangsa akan berkumpul di sekitar kawasan Bukit St. Paul untuk mengubahkan bandar warisan tersebut kepada sebuah tapak bagi menonjolkan kesenian dalam pelbagai bidang. Festival tiga hari tersebut merupakan acara yang percuma dan dibuka kepada semua untuk mengambil bahagian.

Print

FESTIVAL SENI DAN PERSEMBAHAN MELAKA KE-7 KEMBALI!

“MAPFest merupakan landasan yang dicipta untuk artis sedunia. Kami telah melihat pertumbuhan yang besar dalam minat terhadap seni di rantau ini, dan kami percaya bahawa MAPFest akan terus membina landasan dan memupuk artis untuk negara dan dunia,” kata Andrew Ching, pengasas dan penerbit MAPFest.

Festival ini telah menarik berpuluh-puluh ribu penonton asing dan tempatan ke tapak bersejarah Melaka semenjak penubuhannya di 2009. Tahun ini, artis dari Malaysia, Indonesia, Australia, Perancis, Poland, Singapura dan Rusia, akan bekerjasama untuk membentangkan persembahan seni yang berkualiti antarabangsa. Ini termasuk tarian, seni persembahan, pemasangan seni visual, filem dan muzik.

Lebih Daripada 35 Artis Antarabangsa Berkumpul Untuk Memeriahkan Bandar Bersejarah Melaka

Andrew menambah bahawa MAPFest telah berkembang dan menjadi jenama yang terkenal di kalangan masyarakat seni antarabangsa. “Festival ini telah dicalon dan memenangi pelbagai anugerah yang dianjurkan oleh badan-badan tempatan dan antarabangsa. Pencapaian kita pada hari ini tidak mungkin dapat dilaksanakan tanpa sokongan yang berterusan dari artis-artis, rakan seperjuangan, penyokong festival dan peminat.”

MAPFest 2015 akan memaparkan komponen khusus yang baru seperti Cerita Pendik, Seni Visual Pemasangan, tayangan filem, forum dan bengkel seni. Tarikan utama yang lain termasuk kerjasama antara artis-artis seperti ‘Eulogy for The Living’, program MAPPING, seni halus dan paparan seni kontemporari di galeri-galeri tempatan Melaka, dan Festival Seni Kanak-Kanak yang akan berlangsung di SMK Canossa Convent Malacca.

“Festival ini kekal percuma dan ini memberikan artis pelbagai peluang yang lebih meluahkan seni mereka dengan lebih bebas. Inilah yang membuatkan festival ini unik. Artis diberikan kebebasan untuk bekerjasama, belajar dan eksperimen dalam semangat kreatif asas mereka. Kami mempunyai artis-artis seperti penari kontemporari, ahli muzik, visual dan media baru yang bersamaan dengan bomoh dari Jawa luar bandar. Kami menceritakan transformasi, upacara petikan dan kebimbangan kedalaman hati dan nurani. Kami mempunyai artis berprofil tinggi yang akan bekerjasama dengan artis yang muda dan baru dari pelbagai latar belakang sosio-ekonomi dan budaya. Tema dan hubungan seni telah mendalam, dan akan melahirkan lebih banyak kerjasama, rangkaian dan penukaran pengetahuan seni,” kata Tony Yap, Pengarah Kreatif MAPFest.

Beliau menambah bahawa walaupun festival ini sukar untuk dibiayai tetapi kekayaan seninya adalah di luar jangkaan dunia hiburan. “Ini adalah mesej yang akan kami sampaikan kepada artis dan penonton, dan ini telah menjadi pendorong kepada kita untuk melangkah lebih jauh.”

MAPFest 2015 diarahkan dan dihasilkan oleh Tony Yap sebagai Pengarah Kreatif Festival. Beliau pernah menjadi artis persembahan di Teater IRAA dari 1989 ke 1996, dan telah mengukuhkan kerjayanya di Australia dan peringkat antarabangsa. Ini termasuk Festival Agamemnon, Colline Torinese di Itali dan The Trojan Woman di Festival Seni Antarabangsa Vienna.

Sebagai Pengarah Artistik untuk Mixed Company (kini Syarikat Tony Yap) pada tahun 1993, beliau telah membuat komitmen untuk meneroka dan mencipta tarian individu teater dalam bahasa psy-fizikal, tarian trance yang berunsurkan bomoh Asia, Suara Butoh dan reka bentuk visual.

MAPFest 2015 merupakan festival yang diilhamkan dan dihasilkan oleh Art & Performance Festival Melaka Sdn Bhd, dimulakan oleh E-Plus Entertainment Productions, dan disokong oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Jabatan Warisan Negara, Tahun Melawat Malaysia 2015, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Bandar Warisan Malaysia, Syarikat Tony Yap, Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), Suruhanjaya Tinggi Australia, Kedutaan Besar Republik Indonesia, Kedutaan Perancis, Alliance Français de Kuala Lumpur, Estadia oleh Hatten dan Institut Français.

Untuk maklumat lanjut dan kemas kini mengenai MAPFest 2015, sila layari:
Laman Web : www.melakafestival.com
Facebook : Melaka Art & Performance Festival
Instagram : mapfest

Agung Gunawan - Indonesia

Eulogy for the Living

Melaka Art & Performance Festival. Zeiss Planar T* 1.4/85 ZE. #‎MAPFest #‎MAPFest2014

Key Visual for MAPFest 2015

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gandingan Zul Ariffin, Syazwan Zulkifli & Almy Nadia Dalam KONDOMINIUM

Menangi Kereta Mazda3 dalam Peraduan WHY NOT Acer